Seorang wanita di Taipei meninggal dunia sehari sebelum majlis perkahwinannya selepas pembedahan sedut lemaknya mengalami kegagalan, lapor laman berita Wolipop kelmarin.
Mangsa yang dikenali sebagai Lin, pergi ke Klinik Kecantikan dan Estetik Perubatan Fuzhneyan di wilayah Datong, Taipei sehari sebelum berkahwin pada 17 Ogos lalu. Lin dijadualkan menjalani rawatan sedut lemak di bahagian lengan dan perutnya menerusi prosedur selama lima jam. Dia yang ditemani tunang di klinik itu bagaimanapun berdepan komplikasi yang teruk semasa proses tersebut.
“Saya melihat petugas klinik keluar masuk dewan pembedahan dalam keadaan tergesa-gesa sebelum salah seorang daripada mereka memberitahu bahawa Lin sudah meninggal dunia. “Mereka cuba memberi bantuan pernafasan kecemasan namun tidak berjaya,” kata tunangnya. Keluarga Lin dan tunangnya mengugut untuk menyaman klinik berkenaan atas dakwaan kecuaian perubatan, namun laporan bedah siasat mengenai punca kematian masih belum disiapkan oleh pihak berkuasa. Sumber: Kosmo
|
matchstick replied at 30-8-2022 11:44 PM
Mesti dh siap wedding dress ikot anggaran size after sedut lemak..kesian tak sempat pakai
Dwdrum replied at 31-8-2022 01:17 AM
Liposuction cosmetic surgery yang buang duit...
CariMalay replied at 31-8-2022 01:33 PM
Macam mana la boleh gagal tu agaknya?
green~tea replied at 30-8-2022 09:46 PM
Zaman2 early 2000s, dekat board BFT mmg hangatttt sangat forumers share their experience buat lipo ...
green~tea replied at 31-8-2022 01:46 PM
Zaman2 early 2000s, dekat board BFT mmg hangatttt sangat forumers share their experience buat lipo ...
Miss_LoveLeen replied at 31-8-2022 03:14 PM
Meolss igt kes ni. Tp senyap kan lepas2 tu. Klinik jelitayu tu masih beroperasi ke?
tikusmontok replied at 31-8-2022 03:23 PM
Zaman ni org potong jer...tgk alepsokri 3 beranak, mcm magic jer dah kurus
Dwdrum replied at 31-8-2022 02:13 PM
Ramai i tahu yang buat but still kena control makan dan exercise... Yang buat laser lipolysis mung ...
ADVERTISEMENT