CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tiada Niat Jadi Wirawati, Alicia Amin Tak Gentar Disenaraihitamkan

30-8-2022 08:58 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2936| Komen: 10

Jauh di dasar hati, tiada sekelumit niat menjadi 'wirawati' ataupun menagih publisiti murahan apabila mengadakan protes terbuka berhubung isu bayaran terhadap penganjur Minggu Fesyen Kuala Lumpur 2022 (KLFW2022), baru-baru ini.


Meskipun terpaksa memperjudikan kerjaya peragaannya dan dilabel sebagai 'antagonis' hanya kerana sikap lantangnya itu, namun model yang juga pelakon sensasi, Alicia Amin melakukannya dengan ikhlas demi menuntut hak yang selama ini dinafikan.


Foto: IG Alicia

"Saya sudah berfikir panjang sebelum buat keputusan melakukan protes kepada penganjur. Penganjur lewat bayar adalah isu lapuk yang masih belum berjaya diselesaikan hingga hari ini.


"Bayangkan, ada model yang masih belum menerima bayaran seperti dijanjikan lebih sedekad lalu. Saya mahu mempertahankan hak bukan sahaja untuk diri sendiri, malah, untuk rakan model yang menerima nasib sama.

"Protes ini dibuat bukan untuk suka-suka, tetapi sebagai salah satu cara untuk kami menuntut hak. Walaupun nampak ekstrim, tetapi ini memang cara saya.

"Kita sudah buat kerja dan sebagai penganjur, mereka kenalah jelaskan bayaran tepat pada masanya," katanya kepada BH Online.



Dalam insiden berlaku di perkarangan pusat membeli-belah pada tempat acara pertunjukan fesyen itu, pemilik nama lengkap Raja Alicia Raja Amin, 27, dilihat berdiri sambil memegang sepanduk yang menggesa penganjur membayar model yang diupah dalam masa sehari selepas tugasan selesai.

Peringatan lain turut ditulis Alicia di sepanduk itu adalah meminta model yang masih belum menerima bayaran termasuk untuk tahun-tahun sebelumnya dapat memaklumkan perkara berkenaan kepadanya.

Ditanya apakah tidak bimbang tindakan berani itu memberi risiko kepada kerjaya peragaannya, Alicia berkata, tiada apa yang perlu digusarkan kerana apa yang dilakukannya tidak menyalahi undang-undang dan berlandaskan fakta.



"Nak kata saya bimbang bakal disenarai hitam beraksi di pentas KLFW, saya berurusan secara terus dengan pereka dan bukannya diupah penganjur.

"Lagipun, ada ramai penggiat industri, model dan selebriti menyatakan sokongan walaupun sekadar di sebalik tabir selepas saya menyuarakan isu ini.

"Cuma, tak dinafikan ada momen pelik berlaku ketika saya sedang berjalan di atas pentas. Secara tiba-tiba ada pengumuman mengatakan persembahan sudah berakhir dan penonton mula beredar.

"Bagaimanapun, ada yang memaklumkan apa yang berlaku disebabkan kesilapan tidak disengajakan. Saya tak boleh nak kata sabotaj atau sebaliknya.

"Saya memang agak pelik kerana ia tidak pernah terjadi," cerita bekas peserta program realiti pencarian model, Asia's Next Top Model musim kelima ini.



Ternyata, usaha dan pengorbanan dilakukannya membuahkan hasil apabila pengasas acara itu, Andrew Tan akhirnya menunaikan janji melunaskan bayaran tertangguh selama ini.

"Saya dapat tahu, ada model yang sudah mendapat bayaran dalam masa sehari seperti dijanjikan. Ini satu perkembangan yang baik.

"Meskipun bukan tugas saya, tetapi saya tetap akan memantau perkara ini untuk memastikan Tan akan melunaskan bayaran kepada model beraksi di pentas KLFW 2022 dan bayaran tertunggak sebelumnya.

"Saya harap ia satu permulaan yang baik buat penganjur dan akan diteruskan sampai bila-bila. Saya yakin jika perkara ini diamalkan, pentas KLFW akan menjadi lebih hebat," kata Alicia.


Sumber: BH Online
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 30-8-2022 11:36 PM
Baguslah ada, yang bersuara mcm dia ni.. Takper, tak der rezeki kt modelling, orang panggil ko berlakon kan...
Quote anilanil 31-8-2022 02:56 PM
Ko kan byk job. Model, berlakon, product ambassador & biz rendang.
Quote ReginaGeorge 31-8-2022 03:00 PM
Suatu usaha yg sia2 walaupun niatnya murni. Model lain diam tak bekutik, play safe. Last2 ngko yg blacklisted, yang len tak appreciate pon.
Quote September14 31-8-2022 03:03 PM
X gentar la sbb dah mmg kayangan
Quote mawardia 31-8-2022 04:16 PM
Takpe la takde job pun.
Heshe bole je jadi surirumah dan laki doktor heshe sponsor seumur hidup.
Quote Joysparta 1-9-2022 12:19 AM
u model tua....
Quote achinto 1-9-2022 01:23 PM
but she has a good head on her shoulder & berani bersuara. untuk itu, i applaud dia ni. syabas bete
Quote tobobon 1-9-2022 01:50 PM
September14 replied at 31-8-2022 03:03 PM
X gentar la sbb dah mmg kayangan


Hahaha..baru nk ckp dah ada org ckp

Tp baguslah juga..sheols kena banned xpe sbb parents/ laki?? (Kayangan jugak ker shubennya?) kayangan boleh support sampai kiamat ...
Quote lifeline 1-9-2022 02:10 PM
anilanil replied at 31-8-2022 02:56 PM
Ko kan byk job. Model, berlakon, product ambassador & biz rendang.

ooo dia ada buat biz rendang gak ke
Quote kikilalapooh 1-9-2022 03:20 PM
models ni semua accept offer kerja takde contract ke? dalam contract tu mesti specify payment terms macam mana. bayar bila. cash or transfer.

bagus alicia. we need more people like you yang berani bersuara!

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 08:38 AM GMT+8 , Processed in 0.115666 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top