CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bomba Jumpa Mayat Lelaki Terbaring Atas Katil Di Rumah Terkunci

30-8-2022 08:49 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2328| Komen: 4

Mayat seorang lelaki ditemui sepasukan bomba selepas membuka pintu sebuah rumah yang berkunci di Kampung Sungai Batu, Bedong, Sungai Petani hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, Pusat Gerakan Operasi (PGO) menerima panggilan berhubung khidmat khas itu pada jam 3.12 petang tadi.


Bomba mengusung keluar mayat seorang lelaki yang ditemui dalam sebuah rumah yang berkunci dari dalam di Kampung Sungai Batu, Bedong. NSTP/Ihsan JBPM

Berikutan itu, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Petani diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Mohamad Aslan Yusof tiba di lokasi tidak lama kemudian.


"PGO menerima panggilan kecemasan dari Sistem MERS 999 oleh seorang waris yang gagal menghubungi bapa saudaranya yang tinggal berseorangan di kampung.

"Berikutan itu, PGO Kedah kemudian mengarahkan pasukan daripada BBP Sungai Petani ke lokasi kejadian bagi menyiasat kes berkenaan.

"Setiba di lokasi, komander operasi melaporkan pintu rumah terkunci dan dipercayai ada mangsa di dalam rumah sebelum mengarahkan anggota untuk membuat kerja mencari dan menyelamat membuka kunci pintu rumah dengan pemantauan pihak polis," katanya.

Mohamadul Ehsan berkata, sebaik pintu dibuka, pihaknya mendapati seorang mangsa dipercayai sudah meninggal dunia di atas katil di dalam bilik di rumah berkenaan.

Katanya, mangsa dipercayai lelaki tempatan berusia 35 tahun kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.


Sumber: BH Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 30-8-2022 11:37 PM
Muda lagi..      
Quote Mahathirina 30-8-2022 11:56 PM
@tumpanglalu74

Ni topik you mesti suka
Quote tumpanglalu74 31-8-2022 01:35 PM
Edited by tumpanglalu74 at 31-8-2022 01:38 PM
Mahathirina replied at 30-8-2022 11:56 PM
@tumpanglalu74

Ni topik you mesti suka

Hahahaha!!

@slavehunter
@snazzydaisy
@white_musk

Come join the party.

sads-full-form.png
Quote slavehunter 31-8-2022 05:51 PM
tumpanglalu74 replied at 31-8-2022 01:35 PM
Hahahaha!!

@slavehunter

Correlation is not causation.

hehe.

You name it sister.

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-3-2025 01:13 AM GMT+8 , Processed in 0.138488 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top