CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ubat Gastrik Terlaris Di Bangladesh

30-8-2022 08:44 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1644| Komen: 4

Semakin ramai rakyat Bangladesh menghadapi penyakit kronik di bahagian perut akibat tabiat pemakanan dan penjagaan kesihatan yang lemah, mendorong peningkatan penjualan ubat gastrik dan anti-asid.


Ubat gastrik telah menjadi ubat terlaris di Bangladesh sejak lima tahun lalu manakala 90 peratus penduduk mengambil ubat berkenaan tanpa berunding dengan doktor, menurut pakar kesihatan awam.


Gambar hiasan/The Daily Star

Penjualan ubat gastrik telah mencecah Taka 34.18 bilion (AS$360 juta) tahun lepas, menyumbang pertumbuhan 30 peratus, lapor Agensi Anadolu memetik kajian terbaru Bangabandhu Sheikh Mujib Medical University (BSMMU).


Kira-kira 45 peratus kes ulser gastrik di Bangladesh disebabkan penggunaan ubat gastrik berlebihan.

Pengambilan ubat gas berlebihan menyebabkan kekurangan kalsium, magnesium, vitamin-12, dan zat besi, menurut laporan itu.

Benazir Ahmed, bekas pengarah kawalan penyakit di Direktorat Jenderal Perkhidmatan Kesihatan (DGHS) berkata tabiat makanan yang buruk serta pengambilan makanan dan air yang tercemar adalah antara punca utama peningkatan jumlah penyakit di Bangladesh.

"Penggunaan urea bagi penghasilan beras boleh menyebabkan kerosakan pada sel membran dan menimbulkan masalah dalam perut," kata Ahmed.

Keasidan berulang terus meningkat di negara ini akibat pengambilan ubat anti-asid secara berlebihan.

Majlis Penyelidikan Pertanian Bangladesh (BARC) mendapati mikrob berbahaya berada pada tahap membimbangkan menerusi kajian yang dijalankan pada tahun lalu.

BARC telah menjalankan pemeriksaan terhadap 149 sampel makanan jalanan di Dhaka dan mendapati lebih 1,100 koliform dan E-coli dalam setiap gram sampel.


Sumber: BERNAMA


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Lily_Elizabeth_ 31-8-2022 01:54 PM
Orang bangladesh yng kat sini. Gigi dorang warna oren oren bergaris. Agaknya makan sireh tak kumur kut. Sama dgn nepal mynyammar rohingya. Agaknya toothpaste yang dipakai yang paling murah no fluoride.
Depa bangsa bangsa yang thirty years back behind. Serba mundur.
Quote ina_na 31-8-2022 01:59 PM
Aku pun nk restok ubat gastrik ni.. lps kn influenza mcm2 lak sakit dtg berderet2.. dgn vertigo nye la... Sedap tgk org sihat leh kesana kesini..
Quote j3m4h 31-8-2022 02:04 PM
Abang la kat sini aman2 je mkn selonggok siap kepal2 nasik….sana air kotor mknn x bersih…syukur la hari merdeka ni air coklat kt kelate pon bersih lg gittew….bangla ada gak yg recikss…ahakss
Quote glump 31-8-2022 04:59 PM
Aku yg gerd pun doktor prescribe ubat gastrik. Syukur aku suka google ubat taulah yg ubat tu bukan untukku

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-3-2025 12:57 AM GMT+8 , Processed in 0.053687 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top