CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Pilih Watak Pembantu, Izzue Islam Nafi Karier Seni Merudum

30-8-2022 08:24 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2112| Komen: 7

Pelakon dan penyanyi Izzue Islam menafikan karier seninya 'merudum' apabila dikatakan tidak lagi menerima tawaran watak utama untuk drama atau filem.

Tampil mempertahankan diri Izzue berkata, dia sebenarnya masih mendapat tawaran membintangi watak utama, namun disebabkan kekangan masa dia terpaksa menolak tawaran lumayan itu.


Foto: IG Izzue

"Sekarang ini saya memang sibuk dengan tawaran pengacaraan dan perlu susun jadual supaya tidak bercanggah. Macam yang semua orang tahu, tempoh penggambaran untuk watak utama memakan masa berbulan-bulan serta perlu beri komitmen 100 peratus.

"Jadi ada tawaran watak utama yang terpaksa tolak dan memilih untuk membawakan watak pembantu. Tiada istilah kerjaya jatuh menjunam atau apa-apa. Alhamdulillah sehingga hari ini saya masih dikurniakan rezeki," katanya.



Menurut Izzue, biarpun menyedari tawaran watak utama meraih bayaran lumayan, namun dia enggan tamak selain tidak mahu menyusahkan mana-mana pihak.

"Rezeki Allah akan beri dengan macam-macam cara. Walaupun tak dapat jayakan watak utama, tapi saya masih dapat watak pembantu. Itupun dah besar rahmat untuk saya.

"Sekarang ini saya dan isteri yang bertindak sebagai pengurus memang kena bahagi masa dengan betul kerana kedua-dua cabang seni ini adalah minat saya.


Foto: IG Izzue

"Jadi kami selalu berbincang. Adakalanya ada tawaran pengacaraan yang terpaksa saya tolak sebab jadual bertindih dengan penggambaran drama," katanya.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Hoshhi 30-8-2022 08:37 PM
Acik2 merembes kalau tgk FA dgn julripin je..tp sbb julripin stgh acik2 dh menyampah, tinggal FA je satu2nya pujaan acik2
Quote Hoshhi 30-8-2022 08:38 PM
Izzue x cukup hensem buat acik2 merembes sebabtu jd side character je. Tp bolehlah drpd xde job lgsg kan
Quote Perawankota 30-8-2022 11:39 PM
Kalau payment utk pbantu lagi berbaloi, why not..
Quote pocongkiutss 30-8-2022 11:55 PM
Dia semenjak amik watak antagonis dlm "Patahnya sebelah sayap" , lepas tu manjang dpt watak antagonis
Quote AnnaSendin 31-8-2022 03:05 AM
Watak pembantu tayah sentuh2. Ok sajork.
Quote supernaturalee 31-8-2022 06:18 AM
Sungguh pun wtk pembantu tp tetap kena memberi
Izu ni berlakon bgs
Tgl lg skrip kena la power jgk
Ni x meleret2 meleweh
Tu yg org nmpk wtk pembantu dlm drama melayu mcm menempel jek


Anyway izu nmpk sedap dlm drama siri yg ada umi
nazira baru2 ni
Izu pun menten comel
Yg ni bgs. Jaga tu utk long career
Quote Suchi 31-8-2022 09:11 AM
Izzue nyanyi tak sedak tp berlakon bagus tu pasal dulu dia penah menang pelakon harapan terbaik filem.
Boleh dikatakan serba boleh sbb takde la asik jd watak hero baik mcm malaikat tp dia boleh juga jahat serupo setan.

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-10-2024 07:28 AM GMT+8 , Processed in 0.069863 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top