Pelakon dan pelawak popular, Zizan Razak, 38, mengakui semakin menitikberatkan soal penjagaan kesihatan untuk memastikan dirinya sentiasa bertenaga bagi melunaskan tanggungjawab yang diamanahkan.
Menurut Zizan, sebelum ini, dia lebih mengutamakan kerja dan tidak terlalu mengambil berat aspek kesihatan hingga tindakannya itu memakan diri. Katanya, tidak ramai yang tahu dia pernah berdepan dengan masalah anxiety (kebimbangan melampau) dan terpaksa menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN). “Jagalah kesihatan. Saya dulu bekerja terlalu kuat, meletakkan komitmen kerja mengatasi segala-galanya hingga tidak cukup rehat dan tidur. Akhirnya, kesihatan semakin merosot.
“Rambut saya gugur disebabkan tidak cukup tidur. Ini perkara betul. Saya pernah mengalami anxiety, tetapi saya tidak ceritakan pada orang apa yang saya lalui. Saya pergi IJN buat pemeriksaan dan doktor nasihatkan supaya banyakkan berehat. “Betullah orang cakap, duit ada banyak pun tidak guna kalau sakit. Bila jadi begitu, saya kini lebih pentingkan soal penjagaan kesihatan,” katanya. Susulan itu, pelakon filem Abang Long Fadil 3 ini semakin selektif sebelum memberikan kata persetujuan untuk menerima sesuatu tawaran.
|
ADVERTISEMENT