Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad menegaskan sudah tiba masanya setiap stesen televisyen (TV) dan produksi TV mewujudkan Jabatan Pematuhan Syariah untuk menyemak, menapis, memantau semua skrip dan kandungan sebelum disiarkan.
Beliau berkata, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) turut menerbitkan tiga garis panduan untuk rujukan semua pihak berhubung perkara itu. "Memang hiburan itu satu fitrah, tetapi biarlah bertepatan dan berlandaskan agama dan syariat," katanya dalam satu kenyataan selepas mengadakan pertemuan dengan pemain industri penyiaran yang dimuat naik di Facebook beliau pada Selasa.
Idris menjelaskan, beliau mengambil peluang seluas-luasnya pada pertemuan itu untuk membangkitkan beberapa kerisauan beliau dan semua masyarakat tentang pelbagai aktiviti hiburan yang tidak menepati garisan Islam sekitar sebulan dua ini. Menurutnya, kerisauan rakyat juga timbul terhadap kecenderungan masyarakat yang tidak dididik dalam berhibur. "Mendengar maklum balas dan pendapat daripada pemain-pemain industri ini, masih ramai yang suka dan mahukan rancangan dan siaran yang mempunyai kandungan berunsur Islamik serta bertepatan dengan syariat agama. "Karya-karya seni atau program yang cuba normalisasikan budaya yang bersalahan dengan syariat Islam dan nilai akhlak serta budaya masyarakat negara ini perlu dielakkan sama sekali. Ia mesti ditentang habis-habisan bermula daripada kita semua," ujar beliau. Susulan itu, beliau berharap pertemuan dan perbincangan itu dapat memberi nafas baru kepada dunia penyiaran negara terutama dalam penerapan nilai-nilai agama dan kandungan yang bertepatan dengan syariat. Idris turut merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada agensi kerajaan seperti Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (K-KOMM), Kementerian Dalam Negeri (KDN), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CMCF), stesen-stesen TV dan produksi yang turut hadir bersama. Sumber: Sinar Harian
|
umbut replied at 31-8-2022 10:05 AM
Tutup jelah industri hiburan kat malaysia, bukak ceramah je. Baik aku layan drama movie rancangan lu ...
ADVERTISEMENT