Puteri Balqis sebelum ini dikecam hebat gara-gara penampilannya yang didakwa terlampau seksi dan mencolok mata. Malah pelakon ini juga digerlar betina sundal.
"Rupa takda, jual body je yang mampu," tulis seorang individu. Tidak berdiam diri, Puteri Balqis membalas kembali.
"Mana ada sundal. Biashe je, Selain takde rupa dan menjual body, saya juga terkenal dengan menjual buku, dan bijak menulis pusi. Side income bro, nak idup. Kang masuk Bersamamu lagi sekali, kau gak yang bising. Bukan itu sahaja, Puteri Balqis turut menjawab tuduhan netizen yang menyatakan dia pernah berjoget di khalayak ramai. “Saya tidak pernah lagi berjoget di khalayak ramai. Ya, belum pernah. Tetapi jika diberi peluang, saya akan cuba sedaya upaya untuk berkolaborasi dengan baby shima. Siapa tahu gelekan saya lebih padu.” Tabhalah Balqis mengahadapi onak ranjau dunia ini. -CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|