CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jualan Caramel Macchiato Starbucks Dijangka Bakal Melonjak Disebabkan Najib Razak

30-8-2022 04:52 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2697| Komen: 13

Hampir seminggu Datuk Seri Najib Razak berada di dalam penjara tetapi masih lagi trending di media sosial, ini gara-gara perkongsian dari anak perempuannya Nooryana Najwa.


Terbaharu, Nooryana menerusi laman Instagram @yananajib mengeluh bagaimana dia tidak sampai hati untuk memesan dari Starbucks kerana dia tahu bapanya pasti merindui minuman karamel macchiato kegemarannya.


Najib dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun kerana rasuah dan kini dipenjarakan di Penjara Kajang. Susulan kisah Instagramnya yang dikongsi semalam, caramel macchiato menjadi trending nombor satu di Twitter.

Sehinggakan ada yang menyangka Starbucks di kawasan Kajang membekalkan minuman tersebut kepada Najib. Di  laman Twitter @theborneoghost menafikan berita tu dengan menyiarkan:


“Starbucks Metro Point Kajang hari ini menafikan membekalkan Penjara Kajang dengan caramel macchiato setiap petang.” 



Sementara itu, hal ini turut mendapat perhatian Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Nasional Berhad (PNB) Abdul Jalil Abdul Rasheed di twitter @jalilword dengan menyindir,

“Bayangkan jualan Caramel Macchiato melonjak esok,” tulisnya.

Nooryana yang memanggil bapanya ‘Bossku’ dalam IG Stories juga berkata, mereka yang mengenalinya pasti tahu bahawa dia seorang Foodie atau ‘pencinta makanan’.


“Dan sebagai seorang anak perempuan, saya benar-benar rindu untuk membeli makanan dan memberinya makan… Saya berdoa saya dapat mengalami ini sekali lagi,” tulisnya.

Sekadar info, segelas caramel macchiato di Starbucks berharga RM16.96 untuk grande (16 auns) dan RM18.55 untuk venti (24 auns). -CARI

Sumber: Murai.my

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ifanonline 30-8-2022 04:56 PM
buat ape nak minum air yg di minum oleh banduan...
Quote Firenzza 30-8-2022 09:16 PM
Nmpk sgt reta 7 keturunan x habis wpun dh ke dlm
Quote adiwarna 30-8-2022 09:37 PM
Kehebatan seorang Najib, dah masuk ke dalam (sebagaimana impian2, doa2 dan deep manifestations dari frenemies, raykat dan haters) pun, masih jadi perhatian ramai, you just can't deny the nectar attractions whether from bees or flies....absolutely fascinating!
Quote sharlenetexas 30-8-2022 09:39 PM
Kat penjara kajang buat produk apa? Kain songket? Sekut raya?


Quote sharlenetexas 30-8-2022 09:47 PM
Lagi suka tengok Mia Macchiato

[ig]https://www.instagram.com/reel/Cg3NBsPFgLn/?igshid=YmMyMTA2M2Y=[/ig]


Quote Nizleen86 30-8-2022 11:23 PM
Feeding him? Bunyi macam kucing je kena feed bagai. Dah la panggil bapak sendiri bossku. Yg pelik2 je si Gina ni.
Quote zuuu 31-8-2022 02:18 AM
Almost rm 19 untuk secawan kopi???aq x mampu xde ke brand lain yg murah sikit???tringin pulak nk try merasa kopi kesukaan bosskur ni
Quote Timortimur 31-8-2022 05:57 AM
Liyana ni dah mcm muka k.mah
Dahi jendol, hidung besar
Quote tikusmontok 31-8-2022 07:48 AM
Manis yg amat..lebih suka caffe mocha
Quote cassriena 31-8-2022 12:49 PM
dek kerna satu ig story, jualan sbucks meroket. marketing manager dia boleh dok diam2 tahun ni. aritu Nabil belanja riban2, kali ni anak Najib pulak. byk kafe lain jual kopi lah, diorg lagi perlukan free advertising
Quote ezacbee 31-8-2022 12:54 PM
Coffeebean senyap je.. tau2 tutup. Xsempat aku nak beli.
Quote pyropura 31-8-2022 12:54 PM
Berkat rejeki murah 42juta masuk akaun benk, Makiato doploh ringek jadi minuman harian
Quote pyropura 31-8-2022 12:55 PM
Berkat rejeki murah 42juta masuk akaun benk, Makiato doploh ringek jadi minuman harian

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-3-2025 12:51 AM GMT+8 , Processed in 0.288208 second(s), 45 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top