CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Raptai Hari Merdeka Dicemari Dengan Bendera Yang Dipasang Terbalik

30-8-2022 04:44 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1344| Komen: 1

Negara kita bakal menyambut Hari Kemerdekaan buat kali ke-65. 

Pelbagai persiapan sedang dilakukan bagi memastikan majlis tersebut berjalan dengan lancar termasuklah raptai penuh perarakan.


Namun, raptai Hari Kebangsaan 2020 dicemari dengan pemandangan bendera yang dipasang terbalik.

Pengguna Twitter dikenali Zack Rockstar memuat naik suasana raptai sambutan tersebut diiringi nyanyian lagu Negaraku oleh orang ramai di situ.


Bagaimanapun, keadaan bendera Malaysia pada ketika itu telah menarik perhatian ramai. 


Bendera Jalur Gemilang dipasang secara terbalik.

“Bendera di pasang terbalik ketika rehearsal sambutan Hari Merdeka,”ciap Zack.

Perkongsian itu menerima pelbagai reaksi di kalangan warganet di mana ramai menganggap tindakan ‘tidak hormat’ pada Jalur Gemilang dilihat semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini.



Ada juga yang mengaitkan kemajuan sesebuah negara dengan cara pemasangan bendera itu sendiri oleh rakyatnya.

Malah ramai yang meluahkan kekesalan dengan sikap dan tindakan yang dilakukan oleh Anggota Tentera Malaysia (ATM) sejak kebelakangan ini di mana telah mencipta banyak kontroversi.

Tak kurang, ada juga mendakwa ia adalah perbuatan khianat daripada pihak pembangkang seperti DAP.

Untuk makluman, kesilapan itu disedari oleh tim penaik Jalur Gemilang, namun terpaksa meneruskan acara sehingga selesai bagi menghormati lagu kebangsaan dan mengikut tatacara protokol istiadat. Sebaik sahaja lagu Negaraku tamat dimainkan, pihak terlibat telah bertindak memperbetulkan kedudukan Jalur Gemilang dengan yang sebenarnya.

Sekadar info, pemasangan bendera terbalik adalah merupakan salah satu ‘petanda’ menunjukkan sesuatu pihak itu sengaja mahu mempersenda selain mengkhianati secara terbuka kepada negara terbuka.

Ini kerana bendera adalah tentang maruah, kedaulatan dan imej negara dan sekiranya dipasang terbalik, ia suatu penghinaan dan penderhakaan kepada kedaulatan negara kita Malaysia.-CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote stingergrumpy 30-8-2022 05:14 PM
DAP yg selalu dikambing hitamkheun...

Same old same old....

Siyalll hamjad punya bangsa sabsidi....korang yg bergasak sesama sendiri.....#humngok....ko kaitkheun dgn puak lain...

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-3-2025 01:12 AM GMT+8 , Processed in 0.074424 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top