CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Kasut Nuha Bahrin Dikutuk Besar, "Bukan Kasut Pinjam, Memang Saiz Kaki Terlalu Kecil"

30-8-2022 02:03 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4836| Komen: 26

"Itu memang kasut saya, bukan kasut pinjam."

Demikian kata penyanyi Nuha Bahrin apabila kasut tumit tinggi yang dipakai ketika membuat persembahan pada Minggu Fesyen Kuala Lumpur 2022 (KLFW) baru-baru ini menjadi bualan dan tular di TikTok.


Foto: IG

Ia ekoran kasut itu kelihatan lebih besar daripada kaki Nuha hingga jelas kelihatan ia longgar dan tidak sesuai.

Nuha, 22, atau nama sebenarnya Nuha Sakina Saiful Bahrin berkata, dia memang tidak ada pilihan lain kerana saiz kakinya juga terlalu kecil iaitu saiz satu bagi ukuran UK.



"Kalau tengok kasut tu di kaki saya, nampak kaki saiz budak. Kaki saya memang saiz budak. Kalau pakai kasut tumit tinggi, mana yang macam boleh muat atau hampir-hampir saja memang terpaksa beli. Sebab tak ada masa untuk tempah. 

"Orang kata kasut pinjam, tapi sebenarnya tak. Itu kasut saya. Cuma memang tak muat, saya tak ada pilihan. Kaki saya saiz satu (UK). Kalau ada kasut tumit tinggi yang dijual pun paling kecil saiz tiga," katanya kepada Harian Metro.



Tidak hanya itu, menerusi persembahan pada acara sama juga turut kelihatan tetamu yang memberikan reaksi buat tidak tahu Nuha dan pasangan duetnya Naufal Azrin ketika menyanyikan lagu Casablanca.

"Bagi saya, itu tak memberikan kesan sangat kepada saya. Sebab alhamdulillah, kami dapat saja sokongan. Tapi, kalau orang buat tak tahu pun, tak ada masalah. Berada di pentas adalah impian saya dan bersyukur. Sebab di situ tempat saya belajar. Saya tak ambil hati. Sebab saya pun baru lagi, jadi mesti ada yang tertanya-tanya, kami siapa. 



"Walaupun lagu orang kenal, tapi tak kisah kalau orang tak kenal kami siapa. Saya terima saja situasi sebegini. Sekurang-kurangnya kalau tak kenal saya, tapi kenal lagu. Malah selalu juga kalau jumpa berdepan baru tahu saya penyanyi lagu Casablanca. Tapi okay saja, sebab orang macam mereka pun sokong saya juga. Saya tetap sayangkan mereka," katanya.

Dalam perkembangan lain, Nuha dan Naufal bakal muncul dengan lagu Casablanca versi bahasa Arab yang dipersembahankan secara akustik. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote che-cikL 30-8-2022 02:09 PM
"kelihatan tetamu yang memberikan reaksi buat tidak tahu"

LEMAHHHHH penulisan budak2 wartawan ni
Quote chep 30-8-2022 02:36 PM
Siapa ni wei...
Quote epullipan 30-8-2022 02:54 PM
sila tenggelam sendu
Quote LadyCarefree 30-8-2022 03:00 PM
15mil views dptlah payment yt lebihkurang 30k usd. Banyak tu buat dua bbnu nyanyi hauk xsedap xde ghuper ni.
Quote prettyuglybabe 30-8-2022 03:00 PM
tak membongak sangat ke kaki saiz 1 uk?
Quote videcloset 30-8-2022 03:02 PM
sorry but siapa dia ni?
Quote lee_sakura 30-8-2022 03:04 PM
mungkin kaki dia kurang denyut sbb tu kecik
Quote September14 30-8-2022 03:23 PM
Klu dia pakai mask nampak lawa jgk so trruskan pakai mask dikkk
Quote mendeluk 30-8-2022 03:25 PM
Badan budak sekolah
Quote esbok 30-8-2022 04:13 PM
prettyuglybabe replied at 30-8-2022 03:00 PM
tak membongak sangat ke kaki saiz 1 uk?

aku ingat uk3 tu pun dah jenuh nak cari. tuan badan size uk 3 pun halus, cemana saiz uk 1?
Quote anilanil 30-8-2022 04:17 PM
Ko pinjam je la wedges lembaga..saiz dia pon kecik gak..
Quote prettyuglybabe 30-8-2022 04:21 PM
esbok replied at 30-8-2022 04:13 PM
aku ingat uk3 tu pun dah jenuh nak cari. tuan badan size uk 3 pun halus, cemana saiz uk 1?

saiz 1 lebih kurang 4 inci..
nak membongak tak ingat
Quote mizruncing 30-8-2022 04:23 PM
pakai jela kasut biasa dari pakai gitu kau jugak tak selesa. kot terpeleot sakit plak dapat
Quote Perawankota 30-8-2022 04:27 PM
Bkn skarang ni ada benda yg leh letak kt depan kasut tu mcm sponge ke apa. So, bila ko pakai x der lah nmpk kasut ko besar kt belakang..
Quote Perawankota 30-8-2022 04:28 PM
Bkn skarang ni ada benda yg leh letak kt depan kasut tu mcm sponge ke apa. So, bila ko pakai x der lah nmpk kasut ko besar kt belakang..
Quote supernaturalee 30-8-2022 05:04 PM
lee_sakura replied at 30-8-2022 03:04 PM
mungkin kaki dia kurang denyut sbb tu kecik

denyut...kaki ku bercengkam
terasa sakitnya...




Quote pencintaABC 30-8-2022 05:28 PM
Ko jadi je la mcm Elyana dik nyanyi kaki ayam
Quote sofi_sofia 30-8-2022 06:15 PM
berangan nya lah pompuan nih! bila vocal & rupa seiring sendu so pasal kasut pun jadilah nak upkan nama
Quote Suchi 30-8-2022 06:57 PM
Keciknya kaki, pastikan jgn obes yaa tidak seksa laa org kaki kecik kalo berat berlebihan.
Kaki iols saiz UK5/US7/EU38, saiz normal je ni.

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 11:48 PM GMT+8 , Processed in 0.065892 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top