CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Peminat Minta Ziana Zain Dan Anuar Zain Fokus Menyanyi, Kurangkan Bercakap

30-8-2022 01:55 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7629| Komen: 55

Ziana Zain menerima dengan terbuka komen dan teguran peminat yang mahukan dia dan adiknya yang juga penyanyi Anuar Zain memberi tumpuan pada nyanyian daripada banyak bercakap pada Konsert Anuar Zain, Ziana Zain Live in Singapore 2022 pada 24 September depan.


Ziana, 54, berkata, apa yang berlaku sewaktu konsert di Dewan Plenary, KLCC pada 6 Ogos lalu dijadikan pengajaran untuk mereka menambah baik persembahan di Singapura nanti.

Foto: IG

"Lebihkan menyanyi dan kurangkan bercakap, boleh, boleh. Sebab sebenarnya kita ni bukan apa, bila dah lama tak ada konsert, kita tengok penonton, rasa teruja dan sangat mengalu-alukan mereka. Nak pergi kepada peminat untuk ucap terima kasih. Tapi mungkin sebab dalam kepala otak dah tertumpu untuk lagu.


"Jadi, kita belajar. Ada suka dan tak, selera masing-masing. Ada yang datang dengan positif 'vibes', yang datang nak cari salah kita pun ada. Jadi, ia perkara biasa apabila berada dalam industri ini. Saya berfikiran terbuka. Apa pun negatif ka, positif, teguran saya terima.



Saya tak nak menjadi orang yang tak boleh terima, itu tak belajar sebenarnya," katanya kepada Harian Metro.

Terdahulu Ziana ditemui pada siri Jelajah 90 Suria Memang Cantik Kak Ell yang berlangsung di pusat beli-belah IOI City Mall, Putrajaya, Sabtu lalu.


Dalam masa sama, Ziana berterima kasih kepada peminat yang tanpa henti memberi sokongan buat dirinya mengadakan konsert solo.

"Ya Allah, makbulkanlah doa setiap mereka yang mendoakan saya. Kalau ada, Ya Allah siapa yang tak nak. Saya sedia untuk konsert solo. Sekurang-kurangnya saya ada setahun untuk saya buat persiapan. Saya nak kena latihan dan dapatkan stamina.




"Memang saya nak, orang kata sebelum kita melangkah lagi, apatah lagi kalau dah berumur ni, kita tak tahu tenaga kita tahap mana. Tapi saya cakap, kalau dapatlah, ia semua rezeki," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote NEmma 30-8-2022 02:26 PM
I ada baca, fans Anuar kurang puas hati, sbb byk masa dibazirkan. Sepatutnya boleh tambah lagu.
Quote Cpkay 30-8-2022 02:52 PM
angin takde dik.. kene coverlah kekurangan dengan berinteraksi dengan penonton
Quote babelina 30-8-2022 02:59 PM
memasing dh kertu.. semput.. zz mmg dh lama x bole tgi melangit dh suara nya..
Quote LadyCarefree 30-8-2022 03:01 PM
Xpernah faham apa yg bestnya dgn nuar jeng.
Quote ahhhhhhhh 30-8-2022 03:05 PM
Aku je ke yg perasan ziana zain kl mengacara mmg out tp nyanyi sedap.
Quote tikusmontok 30-8-2022 03:05 PM
Dah org byr nak tgk ko nyanyi..nak dgr org bercakap baik tgk tv1
Quote tukul 30-8-2022 04:08 PM
ahhhhhhhh replied at 30-8-2022 03:05 PM
Aku je ke yg perasan ziana zain kl mengacara mmg out tp nyanyi sedap.

Sbb suaranya ala kepit2 sikit kot... teringat filem maria mariana
Quote tukul 30-8-2022 04:09 PM
LadyCarefree replied at 30-8-2022 03:01 PM
Xpernah faham apa yg bestnya dgn nuar jeng.

Zaman kaset2 cd2 dulu..i ada beli Nuar jeng ni...
Quote ashilalat 30-8-2022 05:01 PM
Dia dah tua dekkk...cakap banyak² tu utk ilangkan semput dia. Gila nak nyanyi lagu tinggi memanjang xde rest? Walau dh turun key banyak, tetap somput.

Nek jena cakap² walau suara kepit, masih okla juga berbanding nek ecah bercakap suara nyet nyet nyet atau nek ani bercakap suara penyet macam nak nangis.
Quote zeetot 30-8-2022 05:29 PM
Meet n greet boleh bermesra.
Quote TabletSusu 30-8-2022 05:49 PM
LadyCarefree replied at 30-8-2022 07:01 AM
Xpernah faham apa yg bestnya dgn nuar jeng.

igtkan aku sorg je yg berperasaan mcmni.
Quote AnnaSendin 30-8-2022 06:01 PM
Whitney houston pon sempot noks. Lagi teruk pada kaka jena jen.
Quote AnnaSendin 30-8-2022 06:02 PM
LadyCarefree replied at 30-8-2022 03:01 PM
Xpernah faham apa yg bestnya dgn nuar jeng.

Bestnyer kerna heols biarkan acik2 gersang raba heols ketika heols buat show di majelis2 private gittuew.
Quote September14 30-8-2022 06:06 PM
Edited by September14 at 30-8-2022 06:08 PM

Kena faham jgkla fans pun bila pnynyi dah tahap nk dpt menantu nk nynyi  str8 je mengah la dikkkk…. Kang silap hb viral mcm ning pulak
Quote Redmyvi 30-8-2022 06:22 PM
Anuar sejak berisi ni nmpk mcm P Ramlee lak.. ahaha
Quote Pujangga22 30-8-2022 07:10 PM

dulu bang Nuar hensem...tapi skrg tak tau lah nk ckp apa


. annuar.jpg
Quote ~boolean 30-8-2022 07:18 PM
Bosannya penonton yang tak suka interaksi..aku bajet penonton pun mesti kertu2 tak tau nak have fun bila tengok konsert/persembahan..
Quote LembingDayanti 30-8-2022 07:35 PM
aku pg show hari tu. anuar semput, sebab perut buncit. baju tak lawo langsung. zz sedap nyanyi tapi menda la lagu pelik2. patut buat la medley betul2.
Quote pocongkiutss 30-8-2022 07:56 PM
TabletSusu replied at 30-8-2022 05:49 PM
igtkan aku sorg je yg berperasaan mcmni.


Iols dulu tak minat..skali tu terpegi dinner event yg tiba2 je anuar jen muncul nyanyi live (surprise kut sbb x diberitahu pun anuar jen dtg) ..peh sedap betul suara dia ( ni lebih kurg 15 taun dululah ) Masa tu berduyun acik2 lari gi depan pentas nk amik gambar dia..iols je duk kat meja..haha

Lihat semua komen(55)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 09:37 PM GMT+8 , Processed in 0.145176 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top