Datin Elvina Mohamad dihentam gara-gara penampilannya ketika menghadiri KLFW baru-baru ini. Terlampau singkat dakwa netizen.
Namun Elvina kata dia sekadar menggayakan koleksi terbaru rekaan pereka fesyen tempatan. Teruk dikritik tapi Elvina tak melatah sebaliknya mengambil pengajaran daripada kesilapannya.
"Tak adalah saya pakai baju macam itu hari-hari. Saya gayakannya ketika hadir memberi sokongan kepada Alia Bastamam. Dia juga minta saya gayakan baju itu yang mana koleksi terbaru itu akan dilancarkan tidak lama lagi.
Salah saya sendiri. Tidak semua orang atau pengikut boleh terima saya berpakaian begitu. Maafkanlah saya andai ada yang tidak senang dengan apa yang berlaku," katanya seperti dipetik melalui Oh Bulan. Tambahnya, berkemungkinan orang ramai tidak menerima gaya fesyen tempoh hari kerana dia sering melakonkan watak wanita lemah lembut di kaca televisyen. "Saya rasa mungkin itu juga menjadi punca. Selama ini saya sering bawa watak lemah lembut dalam drama. Mungkin disebabkan itu, mereka terkejut nampak saya pakai begitu( seksi).
Sekali lagi saya telankan, saya cuma menyokong Alia Bastamam untuk koleksi busana terbarunya. Itu sahaja." -CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|