CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"No Comment" - Daiyan Trisha Enggan Ulas Hubungan Dengan Aedy

30-8-2022 02:07 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1797| Komen: 4|Original author: Tatod


Gambar mesra pelakon Daiyan Trisha dan Aedy Ashraf ketika sama-sama menonton konsert Coldplay yang berlangsung di Stadium Wembley, London di England baru-baru ini menjadi perbualan hangat sekali gus menimbulkan tanda tanya mengenai hubungan kedua-dua selebriti tersebut.

Daiyan yang sempat ditemu bual Gempak menjelaskan bahawa Aedy membelikan tiket konsert berkenaan sejak tahun lepas dan mereka bersetuju untuk sama-sama menghadiri persembahan kumpulan terkenal itu.


"Saya baru pulang dari New York dan Londo. Ketika berada di London, saya berpeluang menonton konsert Coldplay, kumpulan kegemaran saya. Memang satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan.

"Tambahan pula, tiket untuk konsert itu diberikan oleh Aedy sebagai hadiah hari jadi saya sejak tahun lepas lagi. Jadi, saya dan Aedy ambil keputusan untuk pergi berdua menonton konsert berkenaan," katanya kepada Gempak.


Daiyan yang ditemui pada Anugerah Stail EH! 2022 itu bagaimanapun enggan memberikan sebarang komen apabila diminta untuk mengulas status hubungannya dengan Aedy.

"No comment," katanya sambil ketawa. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 31-8-2022 01:19 AM
Bagus jawab no komen...
Quote mandibunge 8-9-2022 10:43 AM
bkn dia selalu ngn mamat tinggi lampai tu ke ?

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 10:54 AM GMT+8 , Processed in 0.031997 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top