CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Yang Benar Hanya Mahathir Ada Duit Berbilion"

30-8-2022 11:38 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2550| Komen: 18

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mendakwa, salah satu ‘kejayaan’ Datuk Seri Najib Tun Razak adalah berkenaan menolak bukti yang jelas dan menerima kenyataan tidak berasas.


Menurut Mahathir, selama empat tahun Najib dibicara di Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan segala dokumentasi dan cek yang didedah berkenaan duit SRC ke dalam akaun Ambank Najib serta dibelanja olehnya kononnya tidak benar.

Kata beliau, Najib tidak tahu akan adanya duit ini dan dia belanja duit tanpa mengetahui adanya duit ini.


Foto: Kosmo

“Jika ada duit ini, ia adalah sumbangan dari Raja Arab. Apa bukti? Tidak perlu. Percaya sahajalah dakwaan Najib, bukti tidak perlu dan bukti adalah penipuan, tanya AG (Peguam Negara), Najib tidak salah.


“Yang benar ialah Mahathir memiliki duit berbillion, duit ini ada di Switzerland dan Taiwan, apa bukti? Bukti tidak perlu, Najib tahu, percayalah sahaja.

“Yang benar ialah semua anak Mahathir menjadi billionaire semasa Mahathir jadi Perdana Menteri, apa bukti, tidak ada, tetapi Najib tahu, “tulis Mahathir di laman Facebooknya hari ini.

Kata Mahathir lagi, selama empat tahun Najib dibicara, puluhan saksi memberi maklumat akan kesalahan Najib serta dokumen dan bukti lain dipamer.

“Hakim menulis 800 muka surat berkenaan yang didedah oleh saksi, bukti, hasil siasatan, namun bagi Najib semua yang dicatit oleh hakim tidak benar.

“Hakim ada ‘conflict of interest,’, hakimnya berat sebelah. Yang benar ialah penafian oleh Najib, oleh anaknya dan peguam upahannya. Sembilan orang hakim, tiga mahkamah, bicara empat tahun, semua tidak betul, fitnah, ” kata beliau.

Jelas Mahathir lagi, apa yang Najib anggap betul adalah dakwaannya dan peguam upahannya, bukti, saksi, dokumentasi tidak perlu, semua tidak betul.

“Ini ialah satu kejayaan Najib, menjadi yang benar tidak benar dan yang tidak benar diterima sebagai benar, “ujarnya.-CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Highflyer19 30-8-2022 11:39 AM
PETALING JAYA – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mendakwa, salah satu ‘kejayaan’ Datuk Seri Najib Tun Razak adalah berkenaan menolak bukti yang jelas dan menerima kenyataan tidak berasas.

Menurut Mahathir, selama empat tahun Najib dibicara di Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan segala dokumentasi dan cek yang didedah berkenaan duit SRC ke dalam akaun Ambank Najib serta dibelanja olehnya kononnya tidak benar.

Kata beliau, Najib tidak tahu akan adanya duit ini dan dia belanja duit tanpa mengetahui adanya duit ini.

“Jika ada duit ini, ia adalah sumbangan dari Raja Arab. Apa bukti? Tidak perlu. Percaya sahajalah dakwaan Najib, bukti tidak perlu dan bukti adalah penipuan, tanya AG (Peguam Negara), Najib tidak salah.

“Yang benar ialah Mahathir memiliki duit berbillion, duit ini ada di Switzerland dan Taiwan, apa bukti? Bukti tidak perlu, Najib tahu, percayalah sahaja.

“Yang benar ialah semua anak Mahathir menjadi billionaire semasa Mahathir jadi Perdana Menteri, apa bukti, tidak ada, tetapi Najib tahu, “tulis Mahathir di laman Facebooknya hari ini.

Kata Mahathir lagi, selama empat tahun Najib dibicara, puluhan saksi memberi maklumat akan kesalahan Najib serta dokumen dan bukti lain dipamer.

“Hakim menulis 800 muka surat berkenaan yang didedah oleh saksi, bukti, hasil siasatan, namun bagi Najib semua yang dicatit oleh hakim tidak benar.

“Hakim ada ‘conflict of interest,’, hakimnya berat sebelah. Yang benar ialah penafian oleh Najib, oleh anaknya dan peguam upahannya. Sembilan orang hakim, tiga mahkamah, bicara empat tahun, semua tidak betul, fitnah, ” kata beliau.

Jelas Mahathir lagi, apa yang Najib anggap betul adalah dakwaannya dan peguam upahannya, bukti, saksi, dokumentasi tidak perlu, semua tidak betul.

“Ini ialah satu kejayaan Najib, menjadi yang benar tidak benar dan yang tidak benar diterima sebagai benar, “ujarnya.-KOSMO! ONLINE

https://www.kosmo.com.my/2022/08/30/yang-benar-hanya-mahathir-ada-duit-berbilion/
Quote kemaruk 30-8-2022 11:45 AM
Edited by kemaruk at 30-8-2022 11:46 AM

[youtube]AaglwWJXd3g[/youtube]

Saudi foreign minister confirms donation to Najib

Saudi Arabia's Foreign Minister Adel Al-Jubeir today admitted that the donation to Malaysian Prime Minister Najib Abdul Razak indeed came from Saudi Arabia.

"We are aware of the donation and it is a genuine donation with nothing expected in return. We are also fully aware that the attorney-general of Malaysia has thoroughly investigated the matter and found no wrongdoing.

"So, as far as we are concerned, the matter is closed," Al-Jubeir told Malaysian reporters in Istanbul yesterday.

Earlier, Al-Jubeir held a bilateral meeting with Najib on the sidelines of the 13th Summit of the Organisation of Islamic Cooperation.

Attorney-general Mohamed Apandi Ali had, on Jan 26, cleared Najib of any wrongdoing in relation to investigations into the SRC International Sdn Bhd and the RM2.6 billion alleged to have been deposited into the prime minister's personal bank accounts.

Apandi said the investigations revealed that the amount deposited was RM2.08 billion, and it was a personal donation from the Saudi royal family in 2013, of which RM2.03 billion was returned to the contributor the same year.

https://www.malaysiakini.com/news/337914

Quote white_musk 30-8-2022 11:46 AM
Ada orang cemuru tak dapat donation ke tu?
Quote kemaruk 30-8-2022 11:48 AM
Mokhzani Mahathir antara 20 terkaya di M'sia

https://www.malaysiakini.com/news/124458
Quote Miss.Rara 30-8-2022 12:44 PM
najib najib najib...

udah udah lerr tu atok..

najib anak didik atok dah masuk penjara dah pun..

nak ratib apa lagi...
Quote tumpanglalu74 30-8-2022 12:52 PM
Sebab Atok dah jadi triliyunwan!!!
Quote Simunggu 30-8-2022 01:07 PM
hakikatnya malaysia hanya akan selamat kalau org tua ini sudah tiada...
Quote jalfa 30-8-2022 01:24 PM
Najib dah aman aman dalam penjara..atok tak aman lagi ke kat luar...ratib la zahid plak..takpon ratib protoge atok..si syed sadiq
Quote umbut 30-8-2022 01:24 PM
Kalau corrupt tapi negara maju cam south korea ok ler.. Ni dah ler corrupt semekin pulak
Quote CiliPadiSedap 30-8-2022 01:39 PM
umbut: Kalau corrupt tapi negara maju cam south korea ok ler.. Ni dah ler corrupt semekin pulak


jangan doa camtu dik. kau duk korea silap2 jadi BB40 ( bottom below 40)

kat sana life struggle. walaupun sprm sana blh tangkap president mereka kes rasuah, tapi mereka banyak under table. industri kpop mereka penuh skandal sex dan buli.

tapi orang korea satu je bagus tak curi suami orang macam makcik indon datang malaysia kepit hand bag guccio .

lagi satu south korea dah mendahului malaysia dari segi negara menua. rakyat mereka ramai tua buka kedai bbq daging bakar. kalau pg korea nampak kedai2 yang hidup segan mati tak mahu tu duit pencen mereka nak survive di usia tua.

setiap negara ada kelebihan keburukan. tak bermaksud negara tu maju nasib seseorang akan jadi lebih baik silap2 jadi BB40 madu jusa c minus.

bersyukur hidup dalam negara mana dan bencilah penyangak 1mdb



Quote CiliPadiSedap 30-8-2022 01:43 PM
jalfa replied at 30-8-2022 01:24 PM
Najib dah aman aman dalam penjara..atok tak aman lagi ke kat luar...ratib la zahid plak..takpon rati ...

bangnon dulu duduk dalam cell , mata dia lebam buruk2 bang non bagi kaka dia real warrior in term of politic sebab masih consistent nak jadi pm tepi.

berbeza poltician lain kabel dan kroni. mat sabu tu dulu mandi air fru siap bawa shakubatsu zaman reformasi dulu satu malaysia rasa xde harapan untuk malaysia. masing2 rasa anwar is the right person lead country.

zaman jibby makcik pakcik naik bas rm90
Quote Simunggu 30-8-2022 02:10 PM
adakah salah Islam donate to Islam??? utk bagi kuat agama yg benar???
Quote 3chanceno 30-8-2022 02:26 PM
Atuk komen sikit pasal wak komedi kena ugut dengan old man yg dah umur 96 tahun  dah boleh concentrate pasal kes wak jahit lah atuk
Quote plywood 30-8-2022 02:28 PM
Simunggu replied at 30-8-2022 02:10 PM
adakah salah Islam donate to Islam??? utk bagi kuat agama yg benar???

jika untuk kepentingan rakyat knp tak istihar?

Quote Simunggu 30-8-2022 02:42 PM
plywood replied at 30-8-2022 02:28 PM
jika untuk kepentingan rakyat knp tak istihar?

bahaya..sbb bukan semua org suka terutama musuh Islam
Quote Solokkk 30-8-2022 06:58 PM
Bukti1000x
Quote gigahertz 30-8-2022 10:04 PM
tumpanglalu74 replied at 30-8-2022 04:52 AM
Sebab Atok dah jadi triliyunwan!!!

najib yng baru berapa tahun memerintah tu pun dah mcm tu
lagikan 22 tahun memerintah. tapi mahathir bini dia x kacau dia memerintah.
najib bini sibuk join sekali
Quote Orenn1 30-8-2022 10:13 PM
apapun terima kasih lah atok kerana mulott bising atokk akhirnya pencuri duit rakyat bertaraf pm telah disiasat, didakwa dan telah disumbat ke penjara selepas didapati bersalah.

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-3-2025 02:24 AM GMT+8 , Processed in 0.039680 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top