PUTRAJAYA – Seramai 1.28 juta penjawat awam menerima hadiah istimewa daripada kerajaan apabila bakal menikmati bayaran Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) tambahan khas sebanyak RM100 yang akan dibayar bermula Januari depan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pada masa sama, kerajaan juga bersetuju memberikan Bantuan Khas Kewangan (BKK) Tahun 2023 sebanyak RM700 kepada penjawat awam Gred 56 ke bawah dan RM350 bagi pesara serta veteran tidak berpencen. “Seramai 1.28 juta penjawat awam akan menerima manfaat ini (KGT) dengan implikasi kewangan sebanyak RM1.5 bilion. “Sebagai contoh, sebelum ini kadar KGT bagi gred 11 adalah RM80, maka pada tahun 2023, beliau akan menerima kadar asas sebanyak RM80 dan tambahan khas sebanyak RM100 menjadikan jumlah KGT diterima pada tahun 2023 adalah sebanyak RM180,” katanya pada Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam ke-18 (MAPPA XVIII) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini tadi. – CARI
Sumber: Kosmo
|
zacks replied at 30-8-2022 11:44 AM
still tak paham dgn KGT khas ni.
contoh gred 41 KGT biasa RM220.
zacks replied at 30-8-2022 11:44 AM
still tak paham dgn KGT khas ni.
contoh gred 41 KGT biasa RM220.
asudau replied at 30-8-2022 11:46 AM
dapat la kot untuk tahun2 seterusnya...
ayatnya Mulai tahun 2023
white_musk replied at 30-8-2022 11:40 AM
Tahniah pekerja gomen... semakin bergaya orang karajaan,,,
yang kerja swasta seperti lembu, pindaan ...
lurve82 replied at 30-8-2022 12:56 PM
Kne tgu keluar pekeliling baru confirm dpt…klu xde pekeliling…parti lain menang pru..bye2 je la.. ...
ADVERTISEMENT