CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Selepas Isu UM, Pelajar U Lain Pula Didakwa Curi Kajian Penyelia?

30-8-2022 11:16 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1991| Komen: 4

Selepas tular video TikTok, pelajar Doktor Falsafah (PhD) mendakwa Universiti Malaya mencuri hasil kerjanya, kini melibatkan satu universiti tempatan yang lain pula. 


Seorang bekas pensyarah di universiti awam telah mengesan masalah plagiat oleh seorang pelajar sarjana penyelidikan yang menggunakan tajuk yang sama dengan penyelia utama beliau dan bekas pensyarah ini telah membuat aduan mengenai penemuan plagiat ini untuk tindakan lanjut. 

Gambar Hiasan

Calon dan penyelia adalah dari sebuah Universiti Awam (UA) bertaraf Universiti Penyelidikan di Lembah Klang.

Dalam perkongsiannya, dia menunjukan e-mel aduan rasmi kepada pihak universiti dengan tajuk ‘Salah Laku Akademik- Plagiat Kertas Usulan Cadangan Penyelidikan Untuk Permohonan Biasiswa 2022’. 


Aduan rasmi tersebut mengenai isu plagiat kertas usulan cadangan penyelidikan yang dihantar oleh calon bagi satu permohonan biasiswa.  Dalam e-mel yang sama juga, pengadu juga menyertakan kronologi dan bukti-bukti yang telah dia jumpa untuk membuktikan terdapat salah laku akademik diantara calon dan penyelia penyelidikan calon.

Foto: Murai.my

Menurut pengadu, dia kecewa apabila tajuk kertas usulan penyelidikan untuk permohonan biasiswa juga menjadi tajuk yang akan digunakan untuk projek sarjana calon diambil bulat-bulat dari tajuk projek penyelidikan penyelia calon. 

Malah tajuk penyelidikan ini juga sama dengan tajuk projek penyelidikan seorang lagi penyelidik dari satu lagi universiti awam lain.

Walau bagaimanapun, pihak universiti telah menjawab aduan ini dan memaklumkan bahawa tiada unsur plagiarisme yang dikesan dalam hal ini sekiranya penyelia memberi kebenaran untuk pelajar mereka menggunakan tajuk projek penyelidikan mereka.

Foto: Murai.my


Pengadu terpanggil untuk berkongsi salah laku ini setelah muncul berita Universiti Malaya dituduh curi kajian pelajar PhD. Masalah pelajar atau penyelia mengambil tajuk dan idea penyelidikan orang lain kini semakin menjadi-jadi. 

Persoalannya apakah kualiti modal insan dari program Sarjana dan Doktor Falsafah Ph.D di Universiti Awam (UA) jika dengan sangat mudah penyelia memberi tajuk projek mereka untuk pelajar mereka tiru bulat-bulat?

Foto: Murai.my


Terdahulu, pengguna twitter dengan akaun @jullesjulietta berkongsi video tiktok menunjukkan seorang lelaki membuat laporan polis gara-gara kajiannya telah diambil tanpa pengetahuan beliau dan segala penat lelah beliau selama ini hanyalah sia-sia apabila UM memberitahu bahawa hasil kerja beliau kini adalah milik UM. -CARI

Sumber: Murai.my

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote zarulnazmi 30-8-2022 12:44 PM
Pernah dengar ada kes bekas pelajar saman tempat dia belajar. Ceritanya satu hasil kerja pelajar tu digagalkan atas alasan tertentu tapi pelajar tu yang dah habis belajar dapat tahu hasil kerja dia digunakan oleh pihak intitusi dalam satu seminar dan dia semak memang keseluruhannya adalah hasil kerja dia sendiri bukan pensyarah atau penyelidik yang membuat pembentangan. Ini bermakna hasil kerja dia tidak sepatutnya digagalkan atau digunakan oleh orang lain.
Quote white_musk 30-8-2022 01:04 PM
Pensarah malaysia ni pernah rajin kah?
Quote Buritan 30-8-2022 01:07 PM
white_musk replied at 30-8-2022 01:04 PM
Pensarah malaysia ni pernah rajin kah?

Hohoho.. pensyarah haku pemalas gile.. asyik monteng je.. bdn gomok
Quote KamikuP 30-8-2022 03:49 PM
Buritan: Hohoho.. pensyarah haku pemalas gile.. asyik monteng je.. bdn gomok


Pensyarah cuollss suka dera budak tak?

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-9-2024 10:26 AM GMT+8 , Processed in 0.076632 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top