|
Penerbit Pencil Pictures And Pictures, Datuk Normashayu Puteh atau lebih dikenali sebagai Datuk Ayu Puteh tampil membuat perkongsian bersama peminat mengenai sikap bekas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak yang telah dijatuhi hukuman penjara 12 tahun atas kesalahan pecah amanah, menyalahgunakan kedudukan dan pengubahan wang haram dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd (SRC).
Menerusi Insta Stories, Datuk Ayu Puteh menceritakan bahawa dia pernah mengenali Datuk Seri Najib sebagai seorang individu yang tidak pernah menghakimi kehidupan orang lain dan pernah membantu penerbit terkenal ini suatu ketika dahulu. “Allahu..Saya pernah kenal DSN dan dia tidak pernah menghakimi setiap kehidupan orang lain. Beliau juga pernah membantu saya pada tahun 2005. Kesusahan saya ringan dan berlanjutan hingga ke hari ini.
Tambahnya lagi, dia turut meminta orang ramai untuk menitipkan doa buat bekas Perdana Menteri agar sentiasa sihat dan dipermudahkan segala urusan. “Kita doakan DSN sihat-sihat dan Allah memudahkan urusan beliau. Jasa baik beliau tidak akan mungkin saya lupa kan.” -CARI Sumber: Murai.my
|
bankerpencen replied at 30-8-2022 11:02 AM
Kau doakan sebab dapat duit/bantuan direct. Memanglah “baik” pada mata kau. Tetap tak dapat buktik ...
Orix replied at 30-8-2022 11:33 AM
bodoh bertingkek2... esok2 kalo ada penjenayah bunuh org yg dia sayang ke rompak duit dia ke rumah d ...
bankerpencen: Kau doakan sebab dapat duit/ba ...
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
5-2-2026 01:02 PM GMT+8 , Processed in 0.066146 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.