CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kecam Konsert Haram, Imam Masjidil Haram Dipenjara 10 Tahun

30-8-2022 10:35 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2074| Komen: 14

RIYADH: Mahkamah Rayuan Jenayah Khas di Riyadh membatalkan pembebasan bekas Imam Masjidil Haram, Sheikh Saleh Mohammed al-Talib sekali gus hukuman penjara 10 tahun terhadapnya dikekalkan.


Sheikh Saleh ditahan pada 2018 selepas menyampaikan khutbah yang mengkritik Pihak Berkuasa Hiburan Umum iaitu badan kerajaan yang bertanggungjawab mengawal selia industri hiburan di Arab Saudi.

Bekas imam itu mengecam konsert dan acara keramaian yang menyimpang daripada ajaran agama dan norma budaya Arab Saudi.

Foto: Utusan

Kumpulan Hak Asasi berpangkalan di Amerika Sysrikat, Democracy for The Arab World Now (Dawn) mendedahkan, beliau ditahan tanpa sebarang alasan selepas menyampaikan khutbah tersebut, empat tahun lalu.


Hukuman penjara ke atas Sheikh Saleh disahkan Dawn, kumpulan yang diasaskan wartawan Jamal Khashoggi yang mati dibunuh, melalui ciapan Twitter.

Jurucakap Dawn, Abdullah Alaoudh mengecam hukuman penjara lantaran keberanian beliau bersuara menentang pembaharuan yang dilakukan di Arab Saudi.

“Mereka ditangkap hanya kerana menyatakan pendapat secara aman. Penindasan ini perlu dihentikan terhadap semua orang tanpa pengecualian,” katanya.

Penahanan itu dilakukan ketika Putera Mahkota Saudi, Mohammed Salman meneruskan usaha mereformasi masyarakat Arab Saudi dengan menahan berpuluh-puluh ulama dan imam terkemuka yang mengkiritk agenda pembaharuan.

Antara ulama lain yang pernah ditahan ialah Salman al-Odah yang menyeru rakyat Arab Saudi mendamaikan perbezaan dengan Qatar selepas Riyadh mengetuai sekatan ke atas negara teluk itu.-CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chandrahusin 30-8-2022 09:46 AM
Oo ptt kat sini
Ustaz/Ustazah berani tegur konsert yg dr luar je
Quote FOTHER-MUCKER 30-8-2022 09:47 AM
Bagus!

Sepatutnya dia Malaysia juga hukum lebai ataupun lebainita yang tidak tau menghormati hak kebebasan setiap rakyat Malaysia. Jangan fikir semua warga Malaysia mesti kena ikut kemahuan anda.
Quote tumpanglalu74 30-8-2022 09:55 AM
Setajah kentot faraj maseh bebas mengentot di sini.  

Kalo di sana musti dah kene penjare 10 taon..

Quote ifanonline 30-8-2022 09:56 AM
benar2 akhir zaman
Quote s@s@ 30-8-2022 10:00 AM
masa konsert kat arab tu, pompuan ble join x?
Quote scorpionkiki 30-8-2022 10:00 AM
Ini yang betul2 berani....salman yg potong orang tu pun dia berani tegur.
Quote CARI-MRO 30-8-2022 10:35 AM
RIYADH: Mahkamah Rayuan Jenayah Khas di Riyadh membatalkan pembebasan bekas Imam Masjidil Haram, Sheikh Saleh Mohammed al-Talib sekali gus hukuman penjara 10 tahun terhadapnya dikekalkan.


Sheikh Saleh ditahan pada 2018 selepas menyampaikan khutbah yang mengkritik Pihak Berkuasa Hiburan Umum iaitu badan kerajaan yang bertanggungjawab mengawal selia industri hiburan di Arab Saudi.


Bekas imam itu mengecam konsert dan acara keramaian yang menyimpang daripada ajaran agama dan norma budaya Arab Saudi.


Foto: Utusan




Kumpulan Hak Asasi berpangkalan di Amerika Sysrikat, Democracy for The Arab World Now (Dawn) mendedahkan, beliau ditahan tanpa sebarang alasan selepas menyampaikan khutbah tersebut, empat tahun lalu.


Hukuman penjara ke atas Sheikh Saleh disahkan Dawn, kumpulan yang diasaskan wartawan Jamal Khashoggi yang mati dibunuh, melalui ciapan Twitter.


Jurucakap Dawn, Abdullah Alaoudh mengecam hukuman penjara lantaran keberanian beliau bersuara menentang pembaharuan yang dilakukan di Arab Saudi.


“Mereka ditangkap hanya kerana menyatakan pendapat secara aman. Penindasan ini perlu dihentikan terhadap semua orang tanpa pengecualian,” katanya.


Penahanan itu dilakukan ketika Putera Mahkota Saudi, Mohammed Salman meneruskan usaha mereformasi masyarakat Arab Saudi dengan menahan berpuluh-puluh ulama dan imam terkemuka yang mengkiritk agenda pembaharuan.


Antara ulama lain yang pernah ditahan ialah Salman al-Odah yang menyeru rakyat Arab Saudi mendamaikan perbezaan dengan Qatar selepas Riyadh mengetuai sekatan ke atas negara teluk itu.-CARI


Sumber: Utusan Online
Quote KamikuP 30-8-2022 10:49 AM
Hari Kiamat hampir tiba. Cuolls dah baetobat ke belom?
Quote hashashes 30-8-2022 11:11 AM
s@s@ replied at 30-8-2022 10:00 AM
masa konsert kat arab tu, pompuan ble join x?

Yes boleh
Quote JunkMail 30-8-2022 11:17 AM
Illuminati tersenyum
Quote s@s@ 30-8-2022 11:19 AM

pompuan nk drive pak arab x kasi pulak.

kurang2 kat malaysia ok lagi, alim ulama tegur, pemimpin buat x dengar je.

xdelah g hukum org tu
Quote Meemaw 30-8-2022 12:17 PM
Edited by Meemaw at 30-8-2022 12:20 PM
s@s@: pompuan nk drive pak arab x kasi pulak.kurang2 kat malaysia ok lagi, alim ulama tegur, pemimpin buat x dengar je.xdelah g hukum org tu

Perempuan dah boleh drive dekat Saudi Arabia, rata2 negara middle east perempuan dah boleh bawak keta... kalau pergi Riyadh tu, dah macam pergi Amerika, cuma beza nya dekat sana takde pub disco etc etc. Cuba tengok Project Neom dekat saudi skang, betapa dekat nya dengan kota Madinah, kat situ nanti depa dah buat port ala2 pusat peranginan siap resort bagai, boleh lah nak tengok tourist berbikini nanti...Sejak MBS takeover pentadbiran Saudi Arabia, mmg caca merba dan saudi terus bergelumang dengan maksiat yang lebih dasyat.
Dalam 5 tahun lepas undang2 masih lagi ketat, banyak restaurant yang masih asingkan untuk orang bujang dan sudah berkahwin. Nak masuk mall tertentu pon kena halau kita masuk single dah masuk sorang. Kalau ada kesempatan pergi Madinah, tanya org Madinah depa suka tak dengan MBS dan sejak ada nya tourist visa ni, makin lama makin jahanam lah Saudi nanti..

Kita semua jangan lupa, Abu Jahal pon orang saudi tahu
Quote Dalcott 30-8-2022 05:05 PM
ini semu bakal kite hadapi. mase je yg menentukan
Quote KIM.K 30-8-2022 05:18 PM
King Abdullah of Saudi kan funded counter-terrorism establishment seluruh dunia termasuk msia, indon, siam, filipin. Dia tak suka org nusantara berbondong2 pegi levant untuk berjihad masa Arab Spring 2012
Jadi dia bagi Najib Razak USD1billion untuk laksanakan penghapusan anasir terrorists. Pak arab tanpa konsert pun moral memang dah teruk beratus tahun. Motif tak jelas Sh.Saleh cuba menggunakan isu hiburan untuk mendapatkan global empathy

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-9-2024 08:36 AM GMT+8 , Processed in 0.036845 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top