Seorang lelaki warga asing ditahan kerana didakwa mencabul seorang wanita di tepi jalan di Kota Damansara, Selangor.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, wanita berusia lewat 30-an itu sedang berjalan ke kereta rakannya dalam kejadian kira-kira 9.30 malam Ahad (28 Ogos) apabila dia merasakan seseorang menyentuh dan memicit punggungnya. "Apabila dia menoleh, dia ternampak seorang lelaki warga asing di sebelahnya lalu dia menjerit sebelum melarikan diri. "Dia kemudian membuat laporan polis berhubung kejadian," katanya ketika dihubungi pada Isnin.
Beliau berkata, siasatan polis membawa kepada penahanan seorang lelaki warga asing berusia awal 30-an, berhampiran sebuah kondominium di Kota Damansara. "Kita menyiasat kes ini di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul. "Kita menggesa orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes itu supaya tampil untuk membantu siasatan," kata Mohamad Fakhrudin. -CARI Sumber: mStar/ The Star
|
KamikuP replied at 30-8-2022 10:31 AM
Bangla ke kokesen yg cabul tu?
ADVERTISEMENT