CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ibu Seludup Dadah Untuk Anak Dalam Penjara, Kantoi Sebab Leher Ayam Gemuk

29-8-2022 04:37 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1482| Komen: 5

Seorang ibu sanggup menyeludup dadah untuk anaknya yang ditahan di penjara.

Dalam kejadian yang berlaku di Madiun di Jawa Timur, Indonesia, wanita itu memasukkan dadah dalam soto ayam beserta makanan lain buat anaknya.


Ketua Pejabat Wilayah Kementerian Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia Jawa Timur, Zaeroji berkata, anak wanita itu sedang menjalani program bimbingan di Penjara Remaja Madiun.


Foto: Kompas

Kegiatan suri rumah itu terbongkar ketika petugas menjalankan pemeriksaan ke atas barang dan makanan yang dibawanya dalam sesi lawatan.


"Pegawai mula curiga apabila mereka memotong salah satu leher ayam dalam sup itu,” kata Zaeroji dalam satu kenyataan.

Ini kerana katanya leher ayam dalam hidangan soto itu kelihatan lebih besar daripada biasa dan membonjol.

Bagaimanapun, petugas sukar untuk memotongnya kerana terdapat objek yang menghalangnya.

"Selepas berjaya membukanya, ternyata terdapat tiga bungkusan plastik hitam yang diseludup dalam tiga leher ayam berbeza," tambah Zaeroji.

Hasil pemeriksaan mendapati di dalamnya mengandungi dadah jenis methamphetamine.

Sementara itu, Ketua Ibu Pejabat Penjara Remaja Madiun, Ardian Nova Christiawan berkata, siasatan turut mendapati dadah tersebut adalah untuk banduan lain.

Susulan itu, anak kepada wanita tersebut dan banduan berkenaan kini ditempatkan dalam sel khas.

"Kita serahkan kepada polis membuat tindakan, kerana kita komited untuk membanteras pengedaran dadah secara haram," kata Nova. - CARI

Sumber: mStar Online/Kompas

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosedemon 30-8-2022 10:12 AM
patot anak tak guna, mak pun taguna
Quote KamikuP 30-8-2022 03:52 PM
caprut kuasa 8
Quote anony-mous 30-8-2022 03:55 PM
Kasih seorang ibu ke mcm mana ni? Elok letak mak tu sekali sbb by right dia dah kira menyeludup dadah
Quote Mulotkoyak 31-8-2022 10:22 PM
Kasih ibu sampai ke penjara.. Tibah
Quote kakikuDibibirmu 1-9-2022 01:01 AM
Ayam tersenyum sinis

1891612-256combusken.png

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-9-2024 04:19 AM GMT+8 , Processed in 0.035966 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top