CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Dipenjara 12 Bulan- Curi Motor Majikan Sebab Bengang Tak Dibayar Gaji

29-8-2022 04:23 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1504| Komen: 16

MELAKA – Tindakan seorang warga Pakistan mencuri motosikal majikan gara-gara berang gajinya tidak dibayar membawa padah apabila dipenjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini.


Majistret Mazana Sinin menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh, Umar Farook, 21, yang membuat pengakuan bersalah sejurus pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didapati dengan niat curang telah mencuri motosikal Honda FS 150 bernilai RM8,000 kepunyaan Mohd. Zamri Sahari, 34, kira-kira pukul 5.30 petang di tapak projek Jalan Bukit Duyong, pada 30 Mei lalu.


Foto: Kosmo

Bagi kesalahan itu dia didakwa mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara tidak kurang setahun dan maksimum tujuh tahun serta denda.

Mengikut fakta kes, tertuduh didakwa melakukan perbuatan selepas pihak majikan tidak membayar gajinya sebanyak RM5,000 membabitkan kerja-kerja membuat rumah.

Tertuduh kemudian berjaya ditangkap pasukan polis dalam satu sekatan jalan raya di Bentong, Pahang pada 16 Julai lalu.

Terdahulu, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukumannya diringankan dengan alasan hanya bekerja sebagai buruh, selain perlu menyara ibunya yang uzur di Pakistan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Sherina Farhana Nor Sa’ari bagaimanapun memohon hukuman setimpal dikenakan sebagai pengajaran terhadap tertuduh dan masyarakat.

Selepas mendengar rayuan kedua pihak mahkamah menjatuhkan hukuman penjara selama 12 bulan dari tarikh ditangkap. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CiliPadiSedap 29-8-2022 04:26 PM
kasihan mangsa sebab tak dapat gaji tindakan melulu
Quote Kurex 29-8-2022 04:27 PM
Kali ni abam polis tak sedap..
Quote margo20 29-8-2022 05:25 PM
majikan sedap sedap jela kan
Quote Nnoor2 29-8-2022 05:31 PM
Najib curi duit puluh juta 4 tahun baru masuk penjara
Quote mejaputih 29-8-2022 05:31 PM
Untung jadi majikan...boleh tindas pekerja..
Quote supernaturalee 29-8-2022 05:35 PM
counter balik la saman
asal bos x bg gaji
5 ribu wey

cari lawyer yg nk ambik kes pro bono


Quote JunkMail 29-8-2022 05:37 PM
Boss yang tak bayar gaji tu apa pulak hukumannya?
Quote lattehazelnut 29-8-2022 05:38 PM
Hantar la balik negara dia
Buat apa nk tanggung mkn minum

Tp majikan xkne pape ke?
Quote jalfa 29-8-2022 05:39 PM
Majikan kena apa...jgn lepas ni geng dia rembat majikan sudah.
Quote Skuau 29-8-2022 05:57 PM
Edited by Skuau at 29-8-2022 06:49 PM

bila orng tempatan tak nak('KENA')...dilabel pemalas.
bila warga asing nak...amik ko la....pakis....
Quote ezacbee 29-8-2022 06:08 PM
Majikan terlepas camtu je ke? 5k banyak tu.
Quote white_musk 29-8-2022 06:28 PM
jalfa replied at 29-8-2022 05:39 PM
Majikan kena apa...jgn lepas ni geng dia rembat majikan sudah.

Majikan curi kederat orang boleh pula kaan hahahahha
Quote emera 29-8-2022 06:35 PM
Kalau majikan macam ni mati kena bunuh, aku padankan muka je.
Quote miss_white 29-8-2022 07:06 PM
kt sini  pun sama dh 2 bulan xbyr gaji  budak2 bangla


Quote Mulotkoyak 29-8-2022 07:38 PM
Mohon majikan pun kne tindakan sbb xbyr gaji pekerja. Baru padan muka juga. Jgn sorg je kne. Bg adil.
Quote KamikuP 30-8-2022 03:50 PM
lattehazelnut: Hantar la balik negara diaBuat apa nk tanggung mkn minumTp majikan xkne pape ke?

Negara dia tengah banjir besar.. kesian kan

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-9-2024 06:18 AM GMT+8 , Processed in 0.139621 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top