CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Datang Nak Beriadah, Wanita Tua Ditemui Mati Di Pantai Sabah

29-8-2022 04:20 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1299| Komen: 2

KOTA KINABALU – Seorang wanita warga emas yang dipercayai keluar beriadah di kawasan Pantai Tanjung Aru ditemui meninggal dunia pagi tadi.

Mangsa warga tempatan yang berusia 73 tahun itu ditemui kira-kira pukul 6.30 pagi oleh orang awam sebelum menghubungi pihak polis.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, sepasukan polis terus dikerah ke lokasi kejadian untuk menjalankan siasatan sebaik menerima maklumat.

Foto: Kosmo

“Setibanya di lokasi, mangsa ditemui terdampar di Pantai Tanjung Aru 3, berhampiran Stesen Meteorologi Kota Kinabalu.


“Siasatan awal mendapati mangsa yang memandu kereta Proton Gen 2 dipercayai pergi ke kawasan pantai berkenaan untuk beriadah,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Zaidi, polis turut menemui kunci, dompet dan telefon bimbit yang ditinggalkan di dalam kenderaan terbabit.

Jelasnya, mangsa dipercayai berjalan-jalan di pantai berkenaan sebelum rebah dan meninggal dunia..

“Sementara itu, polis belum mengesan sebarang kecederaan atau tanda-tanda yang boleh dikaitkan dengan unsur jenayah.

“Oleh itu, kes setakat ini diklasifikasikan sebagai kes kematian mengejut (SDR) dan orang ramai atau saksi kejadian diminta tampil bagi membantu siasatan,” ujarnya. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote musangbodoh 29-8-2022 10:47 PM
sana kol 5pg dh terbit matahari weh...br teringat
Quote rosedemon 30-8-2022 10:12 AM
sian makcik. semoga tenang

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-9-2024 08:31 AM GMT+8 , Processed in 0.027902 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top