CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dua Tahun PKP, Tunku Azizah Sibuk Tanam Bunga Dan Sayur Belakang Istana Negara

29-8-2022 04:15 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2299| Komen: 8

Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan kecintaan baginda terhadap bunga-bungaan memandangkan sering menanam flora itu di Istana Negara terutamanya sewaktu negara berdepan situasi Covid-19.


Tunku Azizah bertitah, baginda dan warga Istana Negara juga turut mengambil peluang menanam sayur-sayuran di belakang istana sepanjang tempoh dua tahun pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).


Foto: Kosmo

“Saya sentiasa sukakan bunga. Saya tanam sayur juga semasa Covid-19. Sepanjang dua tahun ‘dikunci’ di Istana Negara, saya bersama-sama semua warga Istana Negara sempat berkebun bertanam sayur di belakang istana.


“Sekarang masih ada, cuma kerana kesibukan, kuranglah pergi ke kebun tapi berhasillah, sempat merasalah juga timun, kacang botol, kacang panjang, kangkung, bayam, bayam brazil, lada, jagung dan macam-macam jenis sayuran,” titahnya sewaktu merasmikan Floria Diraja Putrajaya 2022 di Anjung Floria sini tadi.

Ia sebagai simbolik pembukaan Festival Bunga dan Taman yang meraikan ulang tahun ke-12 di mana penganjurannya diadakan selama tujuh hari bermula hari ini sehingga 4 September depan.

Bertemakan ‘Floria Hebat’ dengan orkid sebagai bunga tema, keindahan festival itu disifatkan sebagai suatu hamparan bunga-bungaan berwarna-warni di mana edisi kali ini bakal mempersonakan orang ramai selepas ditangguhkan dua tahun akibat Covid-19.

Pada edisi kali ini, Festival Bunga dan Taman itu bakal menghimpunkan kira-kira 10,000 pokok orkid selain 400,000 pokok lain daripada pelbagai spesis dan kultivar bunga-bungaan serta tanaman hiasan.

Selain itu, Floria Diraja Putrajaya turut memberi penghormatan kepada petugas barisan hadapan yang
bertungkus-lumus menjaga kesihatan rakyat ketika Covid-19 menerusi pameran Masterpiece: Tribute to Frontliners.

Antara komponen baharu dijangka menarik kehadiran pengunjung termasuklah Taman Keluarga Malaysia, Taman Koboi dan Sukulen, Taman Instagrammable, Hiasan Dinding Orkid, Terowong Oncidium, Clock Meadow, Taman ‘Glow in the Dark’ serta Taman Bonsai dan Suiseki. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosedemon 30-8-2022 10:13 AM
tak nak la komen lelebih nnt masuk penjara
Quote krustykrab 30-8-2022 10:28 AM
rosedemon replied at 30-8-2022 10:13 AM
tak nak la komen lelebih nnt masuk penjara

Tu lah...sebenornya kalau ikutkan hati byk je nak komen
Quote white_musk 30-8-2022 10:31 AM

Kucing akak panjat langsir habis koyak langsir french lace akak...
tapi akak tak marah pun
Quote mrsjones 30-8-2022 10:33 AM
kesian bunga raya dianaktirikan.. balik2 orkid ke hulu ke hilir
Quote hashashes 30-8-2022 10:46 AM
Best nya kalau ada orang tolong bayarkan hobi kita
Quote lee_sakura 30-8-2022 10:49 AM
kt belakang dapur istana pahang di kuantan pon ada kebun sayur...tak pasti la permaisuri tanam ke atau org lain tp mmg subur btoi sayur2 kt situ
Quote ninja boy 30-8-2022 11:53 AM
1/3 tanam utk jiran2 anak beranak pemalas nak mampus, 1/3 utk dicuri haiwan dan mnausia, 1/3 utk makan sendiri,
Quote damsel_fiji 30-8-2022 12:02 PM
Okay noted

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-9-2024 10:13 AM GMT+8 , Processed in 0.117090 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top