CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sengaja Cari Nahas Ceroboh Kurungan Singa, Lelaki Mati Kena Baham

29-8-2022 03:15 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 931| Komen: 3

ACCRA: Tindakan seorang lelaki yang memanjat pagar untuk memasuki kurungan singa di sebuah zoo di Ghana menyaksikan dia maut dibaham haiwan buas itu.

Menurut kenyataan Suruhanjaya Perhutanan Ghana, lelaki berkenaan diserang selepas dia melompat melepasi pagar keselamatan di zoo yang terletak di ibu negara Ghana itu.

Foto: AFP

“Penceroboh terbabit cedera diserang oleh seekor singa betina yang ditempatkan di kurungan terbabit, di dalam kawasan berpagar, bagaimanapun mangsa kemudian maut akibat kecederaannya,” menurut kenyataan agensi terbabit.

Ketika kejadian, singa betina yang menyerangnya itu sedang menjaga dua ekor anaknya dan disahkan masih berada dalam kurungan di Zoo Accra.


Jurucakap polis memberitahu AFP, mereka masih menyiasat bagaimana mangsa dapat memasuki kawasan larangan tersebut.

Zoo Accra bermula sebagai zoo peribadi milik Presiden pertama Ghana, Kwame Nkrumah, pada awal 1960-an sebelum dibuka kepada umum selepas beliau digulingkan pada 1966. – CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dani-rox 29-8-2022 03:52 PM
Quote rosedemon 30-8-2022 10:15 AM
maleh nak kesian. arwah mmg jahat orgnya
Quote KamikuP 30-8-2022 10:48 AM
Itu makannnaya

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-10-2024 04:00 PM GMT+8 , Processed in 0.043256 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top