CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mati Kena Patuk Selepas Bangga Tayang Keliling Kampung Dapat Tangkap Ular

29-8-2022 02:50 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1363| Komen: 2

New Delhi: Seorang lelaki di Uttar Pradesh, India yang popular di kampungnya kerana kebolehan menangkap ular, maut selepas dipatuk reptilia berbisa ketika mempamerkan kepada umum ular yang diselamatkannya itu.


NDTV melaporkan, lelaki dikenali sebagai Devendra Mishra sudah dapat menangkap ular berkenaan dari rumah jiran di kampungnya di daerah Shahjahanpur.

Foto: NDTV

Selepas menyelamatkan ular berbisa berkenaan, Mishra mengelilingi kampung dengan ular itu dibiarkan melilit lehernya.

Dalam video yang kini tular di media sosial, lelaki itu dilihat menangkap ular itu dengan bantuan sebatang kayu.


Satu lagi video menunjukkan dia meletakkan ular itu di leher seorang kanak-kanak.

Mishra dilaporkan dipatuk ular itu kira-kira dua jam selepas dia menangkap reptilia berkenaan.

Penduduk kampung memberitahu, Mishra cuba merawat kecederaan akibat bisa patukan ular itu dengan pelbagai herba dan bukannya pergi ke hospital.

Namun, lelaki berkenaan meninggal dunia di rumahnya sendiri beberapa jam kemudian, kata mereka. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosedemon 30-8-2022 10:16 AM
kurma is real.
Quote black_handbag 30-8-2022 10:20 AM
nasib baik budak tu tak kena patuk. boleh tahan dah tangkap ular siap brag keliling kampung kehandalan heols ye

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-10-2024 11:32 AM GMT+8 , Processed in 0.029543 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top