Penyanyi pop terkenal di Turkiye, Gulsem Bayraktar Colakoglu dihukum penjara oleh mahkamah di negara itu atas kesalahan menghasut dan mendatangkan kebencian gara-gara tindakannya mengeluarkan kenyataan negatif sekali gus menghina sebuah sekolah agama.
Menerusi laporan Stockholmcf.org, wanita berusia 46 tahun itu ditahan oleh pihak berkuasa di kediamannya di Istanbul sebelum dihadapkan di mahkamah.
Penyanyi tersebut bagaimanapun sempat membuat permohonan maaf secara terbuka atas keterlanjurannya menghina sekolah Imam Hatip.
Sumber NSVC Wiki
Ketika di mahkamah, hakim turut mengarahkan Gulsen ditahan di penjara sementara menunggu siasatan terhadap kenyataan dibuat ketika di berada di pentas dalam satu persembahan pada April lalu.
Dalam kenyataan kontroversi itu, Gulsen secara terbuka mendakwa penyelewengan Erdogan disebabkan didikannya di sekolah Imam Hatip.
Rakaman ketika dia mengatakan sedemikian menjadi tular hingga menimbulkan kemarahan dalam kalangan anggota kanan berparti berteraskan Islam pimpinan Presiden Recep Tayyip Erdogan. -CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My