Oleh : Dean BZ Sumber foto : azuwar79.blogspot.com Bagi wanita yang bekerja, penat seharian bekerja dan terpaksa mengharungi kesesakan lalu lintas pastinya membuatkan anda hilang mood untuk memasak. Tetapi tak kan hari-hari nak beli makanan dekat kedai kan, kena lah masak juga. Tidak perlu bersusah payah memikirkan menu yang hendak disediakan kerana kami ada menu ringkas, sedap dan senang disediakan. Nah cubalah ayam goreng kunyit ini, makan dengan sup kosong sudah memadai dan membuatkan perut kenyang tidak terperi. Masa:Penyediaan: 10 minit | Memasak: 10 minit | Keseluruhan: 20 minit Jumlah Hidangan : 2 orang Bahan-Bahan: 300g ayam, bahagian dada 4 batang kacang panjang, potong 2 inci 1 sudu kecil serbuk kunyit 2 senduk minyak masak 1 biji bawang besar, hiris nipis 2 ulas bawang putih, hiris nipis 1 biji bawang merah, hiris nipis 1 biji cili merah, hiris nipis Cara Penyediaan: Potong dada ayam kepada kiub kecil. Gaulkan dengan serbuk kunyit dan sedikit garam. Perap selama 5 minit. Panaskan minyak dan goreng dada ayam di atas api yang besar. Kacau dengan kerap supaya tidak mudah keras dan hangus. Masukkan bawang putih dan bawang merah. Teruskan mengacau. Apabila ayam hampir masak masukkan cili merah, bawang besar dan kacang panjang. Taburkan dengan sedikit gula.Kacau selama 1 minit, angkat dan hidang. Tips : Jangan goreng terlalu lama kerana isi ayam akan menjadi keras. Sumber resepi : iresipi.com
|
19
Bagus |
13
Marah |
12
Terkejut |
18
Sedih |
28
Lawak |
14
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT