CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Najib Razak Tak Penah Minta Kes Digugurkan, Hanya Mahu Keadilan Sewajarnya

29-8-2022 12:21 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1329| Komen: 2

PETALING JAYA – Peguam cara Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Mohd. Zaid Ibrahim menegaskan bahawa selama beliau membantu bekas Perdana Menteri itu dalam mengendalikan prosiding rayuan akhir kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd, Najib tidak pernah meminta untuk kesnya digugurkan.


Mohd. Zaid menerusi satu hantaran video yang dikongsikan anak Najib, Nooryana Najwa Najib di Instagram miliknya malam tadi memaklumkan bekas Perdana Menteri itu hanya mahukan keadilan sewajarnya.


Foto: Kosmo

“Datuk Seri Najib tak pernah mengarah saya peguamnya atau menyuruh sesiapa sahaja untuk mencari jalan agar kerajaan campur tangan dalam kesnya (kes SRC).


“Tidak pernah dia (Najib) meminta untuk kita cari jalan supaya dapat mempengaruhi keputusan hakim, tidak pernah dia meminta mencari jalan untuk menarik balik tuduhan terhadapnya,” katanya.

Beliau juga menegaskan sekali lagi bahawa segala dakwaan yang diperkatakan oleh segelintir individu di luar sana adalah sekadar fitnah dan tidak adil sama sekali.

Tambah Mohd. Zaid, Najib hanya meminta pihak peguamnya terutama Firma guaman, Tetuan Zaid Ibrahim Suflan TH Liew & Partners (ZIST) melakukan dua perkara iaitu meyakinkan mahkamah agar membenarkan bukti baharu yang beliau terima ditunjukkan.

“Dalam satu sampul surat, dua bulan lalu. Bukti yang menunjukkan Hakim Mohd. Nazlan yang membicarai kes beliau ada kepentingan yang bercanggah dengan kemampuan dia sebagai seorang hakim untuk mengendali kes ini,” jelasnya. –CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosedemon 29-8-2022 02:30 PM
kezzzahhhh tapi jauh di sudut hati kesian juga jib ni
Quote Simunggu 30-8-2022 10:14 AM
saya kurang purcaya sama ini Dtk Zaid ibrahim....

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-10-2024 06:26 AM GMT+8 , Processed in 0.086342 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top