Di Facebook, tular sebuah video memaparkan seorang lelaki melambung-lambung seorang bayi sambil diperhatikan jemaah lain di dalam sebuah masjid.
Faris Bin Hassan Gadneh berkongsi video tersebut mendakwa kejadian itu adalah upacara yang dilakukan agar bayi dapat menjadi wali apabila besar nanti. “Baru tau saya. Ritual lempar bayi di masjid (biar jadi wali). *Wali murid, wali band, dan lain-lain (mempersoalkan),” tulisnya. Menerusi rakaman berdurasi 12 saat itu, lelaki terbabit yang lengkap mengenakan pakaian solat selain berkopiah dilihat beberapa kali melambung bayi berkenaan sambil berjalan.
Loading FB Post... Lelaki tersebut juga kedengaran membaca sesuatu ayat sebelum disahut ‘amin’ oleh sekumpulan jemaah lain yang berada di situ. Rata-rata mempersoalkan perbuatan lelaki terbabit yang disifatkan jauh menyimpang dari agama, seolah-olah mendahulukan adat berbanding agama. Malah, terdapat juga segelintir netizen menganggap perbuatan melambung itu boleh mengundang bahaya yang sepatutnya hanya dilakukan oleh doktor profesional. "Mana dalil? Tu bayi bukan kucing" "Kalau terjatuh? Menyesal tak guna" Bagaimanapun, tiada maklumat lanjut diperoleh berhubung video tular itu tetapi berdasarkan ayat dilafazkan, kejadian dipercayai bukan berlaku di Malaysia. -CARI
|
ADVERTISEMENT