GEORGE TOWN – Seorang remaja perempuan dilaporkan maut setelah terjatuh dari tingkat 11 sebuah kondominium di Persiaran Bayan Indah, Bayan Baru, di sini pagi tadi.
Mayat mangsa berusia 13 tahun itu ditemui di bahagian bumbung aras satu bangunan perumahan terbabit kira-kira pukul 6.30 pagi. Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Bayan Baru, Mohd. Awis Kharni Ab Rahman berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian berlaku pada pukul 6.48 pagi sebelum bergegas ke lokasi kejadian. “Setibanya di lokasi, bomba menemui mangsa perempuan berusia 13 tahun di atas bumbung tingkat satu selepas dikatakan terjatuh dari aras 11.
“Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM) yang turut berada di lokasi terbabit,” katanya kepada Kosmo! di sini tadi. Tambahnya, mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pasukan polis untuk tindakan lanjut. -CARI Sumber: Kosmo
|
tumpanglalu74 replied at 29-8-2022 01:25 PM
Kenape ayat stended "Tiada unsur khianat didapati" takdak?
Rockafella replied at 29-8-2022 03:11 PM
Sebab yang bagi statement tu Bomba, bukan Encik Polis.
JunkMail replied at 29-8-2022 03:35 PM
Melayu ya..comel jua budaknya. Kenapa kau terjun dek..
NazRysha replied at 29-8-2022 04:50 PM
kat mana nak tgk
JunkMail replied at 29-8-2022 05:10 PM
ADVERTISEMENT