Seorang pengguna memuat naik hantaran di Facebook meminta tips ‘ikat perut’ daripada orang ramai selepas membeli sebuah kereta baharu dengan bayaran RM900 sebulan.
Menurut individu berkenaan, gajinya hanya RM1,500 sebulan dan dilihat pada baki pendapatannya itu adalah menjadi satu keperluan untuk dirinya bijak mengatur perbelanjaan kerana turut mempunyai komitmen lain yang perlu dibayar. “Bayar kereta baru RM900 sebulan. Gaji aku RM1,500. Ada tak tips ‘ikat perut’ untuk jimat makan,” soalnya. Sehubungan itu, pelbagai reaksi turut diberikan orang ramai temasuklah beberapa pengguna lain yang mempersoalkan tindakannya membeli kereta baharu sedangkan pendapatan bulanan masih belum kukuh.
“Tak payah ikat perut, korban masa sahaja, kau buat kerja sambilan paling kurang RM1,000 sebulan, jadi ‘rider’ boleh ikut waktu sendiri. Nak hidup senang, usaha pun kena lebih,” cadang Murniyanti. “Ini orang kata biar papa, asal bergaya, kalau gaji bulan belum cukup kukuh, beringat untuk keperluan lebih penting, kereta boleh cari ‘second hand’ lebih murah berbanding yang baharu,” komen Amirul Haikal. “Kau minum je air setiap hari, rasanya tak mati, paling teruk pun perut kembung macam ikan buntal, lain kali fikir dulu kewangan cukup atau tak, jangan sampai seksa diri,” kata Wan RIzqi. -CARI Sumber: Kosmo
|
prettyuglybabe replied at 29-8-2022 11:00 AM
janji kau ada H..
jilat la kereta kau bila lapar..
bukan susah pun..
Skuau replied at 29-8-2022 11:07 AM
tayar buat sup...liat oiii
Artemesiaa replied at 29-8-2022 11:26 AM
Usah ler berangan beli yang lain yang masih dalam kemampuan. Ramai dah jadi macam ni alih2 berangin ...
copy_paste replied at 29-8-2022 11:32 AM
bila dah dewasa kini baru aku sedar,
baik beli keta yg murah2 je dan senang jaga maintanent dari be ...
supernaturalee replied at 29-8-2022 11:36 AM
"sambung sewa 5 thn?"
ertinya?
copy_paste replied at 29-8-2022 11:46 AM
trade in kereta baru buat loan balik ikat 7 tahun,ulang2 sampai pencen,
utk kereta murah, kalau k ...
ADVERTISEMENT