CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pengantin Mati Dipanah Petir Semasa Majlis Persandingan

29-8-2022 10:43 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1300| Komen: 1

BEIJING – Seorang bakal pengantin maut dipanah petir ketika sedang bergambar sebelum majlis perkahwinannya di sebuah kawasan pelancongan terkenal di China, lapor akhbar The Sun.


Tragedi itu berlaku Rabu lalu di Gunung Jade Dragon Snow di wilayah Yunnan.

Lelaki bernama Ruan itu terkena panahan petir semasa sesi penggambaran perkahwinan bersama tunangnya di Spruce Meadow yang merupakan lokasi pemandangan popular.


Foto: Weibo

Mangsa dikejarkan ke hospital di mana dia disahkan meninggal dunia, lapor akhbar South China Morning Post.


Walaupun ribut petir melanda, pasangan itu dilaporkan memutuskan untuk meneruskan penggambaran mereka kerana telah dirancang. Mereka yang berdiri berhampiran mangsa bagaimanapun tidak cedera.

Pihak berkuasa cuaca tempatan telah mengeluarkan amaran guruh dan kilat pada tahap ketiga tertinggi di bawah sistem amaran empat peringkat China kira-kira setengah jam sebelum kilat menyambar.-CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosedemon 29-8-2022 02:36 PM
kesiannya ko ta dapat lagi nikmat kwen dah mati. rip

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-10-2024 03:38 PM GMT+8 , Processed in 0.057637 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top