CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Suami Terjaga Daripada Tidur, Nampak Isteri Pegang Pisau Tengah Kerat Zakar

29-8-2022 10:26 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 962| Komen: 1

LUSAKA, Zambia – Seorang wanita di Zambia dijatuhi hukuman penjara tiga tahun selepas cuba memotong kemaluan suaminya semasa sedang tidur, lapor akhbar Daily Star semalam.


Berdasarkan perbicaraan mahkamah, Jimmy Ngulube, 43, dikatakan terbangun ketika tengah malam pada 4 Ogos lalu dengan rasa sakit pada pangkal paha.

Dia melihat isterinya, Given Chilufya sedang berdiri sambil memegang pisau dengan kesan darah dan mengancam untuk membunuhnya.


Foto: Getty

Pasangan itu tidur selepas bertengkar apabila Chilufya, 37, menuduh suaminya curang terhadapnya. Wanita itu kemudian bangun pada waktu malam dan memutuskan untuk membalas dendam.


Mangsa menghubungi abangnya untuk membawanya ke hospital, di mana kecederaan paling teruk itu telah dirawat.

Polis turut dimaklumkan mengenai kes tersebut dan Chilufya kemudian ditahan.

Pada 26 Ogos lalu, Hakim Mahkamah Majistret Kapiri Mposhi, Arnold Kasongamulilo menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun ke atas Chilufya kerana mencederakan suaminya.

Chilufya memohon hukuman untuk diringankan tetapi hakim menegaskan bahawa dengan menyerang dan mencederakan suaminya seperti yang dilakukan, dia telah menunjukkan niat yang jelas untuk membunuhnya. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosedemon 29-8-2022 02:37 PM
mmg dah nekad binik ko tu. pdnla muka kalau betol ko curang

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-10-2024 01:21 PM GMT+8 , Processed in 0.029635 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top