CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Rumah Milik Juruterbang Dipenuhi Bahan Lucah, Ubat Perangsang Seks Dan Peluru Senapang

29-8-2022 10:00 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1933| Komen: 3

Seorang penjelajah bandar menemui rumah terbiar milik seorang juruterbang Tentara Udara Diraja (RAF), dan menemui bahan lucah, ubat perangsang seks dan peluru senapang.


Daniel Sims, 32, dari Huddersfield, England meneroka hartanah yang terbiar di sebuah ladang berhampiran Chester.

Dia melakukan tinjauan tersebut bersama rakan Mickey dan Shaun, pada awal bulan ini.


Foto: Mirror

Keputusan itu dibuatnya selepas meneliti secara dalam talian mengenai kemungkinan tempat terbengkalai dan semasa melayari peta Google terhadap hartanah terbiar.


Daniel percaya ladang itu telah diduduki oleh juruterbang RAF, tetapi tidak diketahui berapa lama ia ditinggalkan.

Dalam rakaman untuk saluran YouTubenya, BeardedReality, Daniel, Mickey dan Shaun masuk ke dapur melalui pintu belakang yang terbuka, menemui pelbagai tin makanan serta beberapa barangan yang lebih mengejutkan.


Foto: Mirror

Menjengah ke ruang tamu, mereka menemui peti TV lama dan gambar, serta pelbagai dokumen RAF.

Di bilik lain mereka menemui radio lama, lebih banyak gambar dan kad hari jadi.

Di bilik tidur, mereka menemui sepasang gigi palsu dan lebih banyak timbunan bahan lucah.

Manakala di bilik tidur lain, mereka menjumpai peluru senapang patah.

"Rumah ini mempunyai segala-galanya yang ditinggalkan dalam hidupnya, kami menemui perkara yang berkaitan dengan masanya di RAF," kata Daniel kepada NeedToKnow.online.

"Kami menjumpai Viagra dan banyak majalah lucah serta kondom.

"Kami juga menemui peluru senapang patah dalam beg pakaian di atas katilnya," tambahnya.

Rumah terbiar itu kekal misteri, namun kelihatan pernah digeledah sebelum ini. - CARI

Sumber: mStar Online/Mirror

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote missyL 29-8-2022 10:47 AM
Suke tgok dieorg2 yg pg rmh terbiar ni. Mcm2 ade
Quote DayangKirana 29-8-2022 02:17 PM
walaupun dah terbiar..bukan ni consider trespassing ke?
berani pulak letak kat utube..buatnye owner or waris nampak, bukan diorang boleh sue ke?
Quote rosedemon 29-8-2022 02:39 PM
apa yg herannya. sukati dia la

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-10-2024 11:45 AM GMT+8 , Processed in 0.032589 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top