CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kawan Bergurau Nyala Api, Remaja 16 Tahun Rentung Dalam Tandas

29-8-2022 09:30 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 11102| Komen: 123

KUALA SELANGOR: Niat dua remaja bergurau ketika bermain api di sebuah tandas awam terbiar di Bandar Puncak Alam Fasa 3, di sini, membawa padah apabila tindakan itu meragut nyawa rakan mereka.


Mangsa yang berusia 16 tahun ditemukan rentung selepas kebakaran tandas terbiar itu dipadamkan pihak bomba.

Kejadian berlaku ketika tiga remaja terbabit dikatakan sedang melepak sambil bermain permainan video di dalam telefon bimbit di dalam tandas terbabit.

Foto: Berita Harian

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis, berkata berdasarkan maklumat, mangsa dikatakan sedang tidur di atas sofa di hadapan pintu tandas, sebelum rakannya menyalakan api di bawah sofa dengan niat untuk bergurau.


"Selepas asap tebal dan api makin besar, dua rakan mangsa lari ke luar tandas.

"Mangsa yang tersedar dari tidur dan keadaannya separa sedar bagaimanapun melarikan diri ke dalam tandas," katanya.

Mengulas kebakaran berkenaan, katanya pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu jam 2.35 petang, sebelum sepasukan 10 anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bestari Jaya dikejarkan ke lokasi.


Foto: Berita Harian

"Sebaik tiba, anggota bomba segera melakukan pemadaman selama kira-kira lima minit dengan anggaran kemusnahan kira-kira 20 peratus.

"Hasil pemeriksaan menemukan seorang remaja lelaki berusia 16 tahun lengkap berpakaian dan disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan (KKM) di lokasi," katanya ketika dihubungi.

Norazam berkata, mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut dan punca kebakaran masih disiasat," katanya. -CARI

Sumber: Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 28-8-2022 11:32 PM
Betul ke bergurau? Ke nak bunuh orang?


Quote Skuau 28-8-2022 11:34 PM
bodoh x boleh diajar..memandai x boleh di ikut...so nantinya hujah bela diri drng...'BERGURAU' le yer
Quote Goodluckdontcry 28-8-2022 11:36 PM
Edited by Goodluckdontcry at 28-8-2022 11:43 PM

Niat bergurau kepala hotak berjambul ko..mangsa umur 16 thn, so den buat kira2 sndr, gengnya pun Sama atau lbh kurang je
umur..

Umur belasan thn, tp klu msh xblh berfikir baik buruk sesuatu tindakan ko buat dik...maka baikla ko JD lembu dik takpun kambing biri2 dik..

Dr hidup ko menyusahkan org lain SBB tindakan bodoh KO yg acah bergurau..baikla ko hidup dlm hutan JD monyet pun xpe..ITU lbh baik buat KO dik yg bingai lagi kebodohan XDA terhad...

Dah la main dlm toilet.. punyalah Luas bumi yg Allah SWT cipta..tempat Kotor tmpt Jin setan melepak berparti bling bling berkaroke huhu haha bertunggu tangga Tu jugak ko nak main..

Mmmmm apa lah Malang mak Dan ayah ko dpt Anak mcm Tu...mmmmmm takziah ler..kpd mangsa Dan makayah bdk 2 ketul bingai ni..
Quote Kancilkering 28-8-2022 11:37 PM
bunuh tanpa
niat ni juga didakwa nih…..all the best lah
Quote dudaberhias 28-8-2022 11:38 PM
bergurau apanya... sah2 la saja nak membunuh
apa ke bongok gurau2 dengan api lepastu bakar sofa plak tu... lain la ko bakar kertas je ke apa... tu pun masih bahaya... iols syak ni budak2 kelas hujung... yang jahat dan bakal jadi sampah masyrakat sejenis merokok? sebab bawah umo lagi kan...

elok dua2 tu yang terbakar jadi abu... tak payah penat2 nak bayar pengkebumian mahal...
Quote matchstick 28-8-2022 11:40 PM
Patut yg bergurau tu mampos..anak sape la bodo sgt ni
Quote kepompong 28-8-2022 11:50 PM
-main apa dalam tandas
-ada sofa kat tandas???
-boleh tertidur kat tandas wangi ke tandas awam sampai boleh tidur nyenyak tak sedar kawan bakar tempat tidur??
-kenapa tersedar dari tidur tak keluar ke padang lapang tu … yg pi masuk tandas kenapa
Quote dani-rox 28-8-2022 11:50 PM
ye ke bergurau? korang biarkan sampai si kwn mati rentung
Quote cloud_jade 29-8-2022 12:04 AM
Bukan kau kunci pintu tandas pastu bakar ke dik?? Mohon check otak keduanya. Kut psiko in the making.
Quote ~boolean 29-8-2022 12:31 AM
tak faham aku, sofa tu dalam tandas atau luar tandas..?

kalau luar tandas, kenapa "rakan mangsa telah lari ke luar tandas."...jadi sofa tu dalam tandas?
tapi kalau dalam tandas, kenapa mangsa "melarikan diri ke dalam tandas"..?
Quote KIM.K 29-8-2022 12:50 AM
Duk dlm tandas. Khayal kot
Quote liyamariska 29-8-2022 01:13 AM
makin lama makin ramai manusia bermasalah mental...

teringat kejadian tahfiz terbakar sampai ramai yg terkorban angkara kegilaan manusia yg takleh nk difahami...

untuk arwah,  
إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

harap yg bakar arwah ni ditangkap dn dihukum atas jenayah mereka...
Quote she 29-8-2022 01:57 AM
Mohon dakwa dua rakan arwah nih
Quote kakikuDibibirmu 29-8-2022 02:13 AM
Sepet dengan rentung tersenyum sinis
Quote faraway1 29-8-2022 02:16 AM
Bodoh ya amat, selamat merempat di dalam penjara...
Quote sharlenetexas 29-8-2022 03:04 AM
Itu toilet taman permainan ke? Budak2 tu penjaga toilet ke? Ke lepak kat situ? Sbb selalunya toilet awam ni busuk hancing yg amat.


Quote Perwira2022 29-8-2022 05:12 AM
Anak-anak B40 bangsat memang macam ni la
Quote sukacactus 29-8-2022 05:48 AM
KIM.K replied at 29-8-2022 12:50 AM
Duk dlm tandas. Khayal kot

Aku pikir yg sama
Lalok2 sampai tido, lalok2 sampai gurau benda bodoh
Quote tom2 29-8-2022 05:48 AM
Toilet awam bukan selalu bau hancing ke. Nape nak main kat toilet luar tu nampak macam luas je padang.

Lihat semua komen(123)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 06:06 AM GMT+8 , Processed in 0.059482 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top