Presiden Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia (UNI-MLC), Datuk Mohamed Shafie Bp Mammal berkata, keputusan saat-saat akhir kerajaan itu ternyata mengejutkan banyak pihak terutamanya pekerja.
“UNI-MLC berpandangan bahawa penangguhan itu secara langsung telah menafikan hak dan kepentingan lebih 15 juta pekerja di negara ini, sama ada mereka yang terangkum di bawah Perjanjian Kolektif ataupun sebaliknya. “Keputusan itu sekali gus mencetuskan kekecewaan yang amat mendalam dalam kalangan para pekerja. Kementerian juga tidak memberi justifikasi yang konkrit apabila membuat keputusan untuk menangguhkan pindaan Akta Kerja 1955,” katanya dalam satu kenyataan. Terdahulu, Kementerian Sumber Manusia mengumumkan bahawa pelaksanaan Akta Kerja 1955 (Pindaan) 2022 yang sepatutnya dikuatkuasakan pada 1 September ini akan ditangguh pada 1 Januari 2023. Menterinya, Datuk Seri M. Saravanan dilaporkan berkata, pihaknya sudah menjalankan sesi perbincangan dengan pemegang taruh daripada semua pemain industri termasuk dewan perniagaan dan sebagainya sebelum membuat keputusan tersebut. Mengulas lanjut, Mohamed Shafie berkata, apabila kerajaan mengambil langkah untuk meminda Akta Kerja 1955, UNI-MLC gembira kerana kementerian mengadakan sesi libat urus dan kemudian ia dibawa ke Parlimen untuk diluluskan. “Malangnya, apabila pelaksanaannya hendak ditangguhkan, tiada libat urus antara Kementerian Sumber Manusia dan kesatuan sekerja-kesatuan sekerja skali gua keputusan yang diumumkan oleh Menteri Sumber Manusia itu sangat memeranjatkan. “Timbul persoalan apakah kementerian tidak membuat perancangan yang teliti dan rapi dalam soal pelaksanaan peruntukan-peruntukan baharu. Jika tidak bersedia jangan buat pengumuman hendak melaksanakan dan sekarang tiba-tiba membuat pusingan ‘U’. Pekerja terkeliru dan terkejut,” katanya. Selain itu katanya, keputusan menangguhkan pelaksanaan peruntukan-peruntukan baharu yang bakal membawa kelebihan dan manfaat kepada pekerja telah menjejaskan harapan tinggi yang diletakkan oleh pergerakan pekerja seperti UNI-MLC. Dalam pada itu katanya, UNI-MLC juga berpandangan kerajaan tidak wajar tunduk kepada tekanan majikan, kerana tindakan berkenaan telah menafikan dan mengabaikan kepentingan pekerja yang inginkan pembaharuan dalam kebajikan mereka. “Kementerian tidak seharusnya dengan cepat mengalah kepada tekanan majikan. Kami meminta agar kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Menteri Sumber Manusia mengkaji semula keputusan menunda pelaksanaan Akta Kerja 1955 (Pindaan 2022). “UNI-MLC mahu peruntukan baharu yang hendak dibawa menerusi pindaan Akta Kerja dilaksanakan dengan segera mengikut tarikh awal yang telah diumumkan sebelum ini, iaitu 1 September 2022,” katanya. Sumber: UTUSAN
|
gigahertz: akta kerja 40 jam tu postpone ...
spankee_fili replied at 29-8-2022 07:11 AM
40 jam keje kira 8-5 kan? Tapi company boleh pilih untuk 8-6 dengan justification sejam break time k ...
azimodin replied at 28-8-2022 08:16 PM
Banyak bosses kat malaysia ni acah2 tunjuk imej progressive tapi sebenarnya masih kat takuk lama. Co ...
ADVERTISEMENT