CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Malaysia Pilihan Utama Pelajar Indonesia Sambung Belajar

28-8-2022 01:15 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1136| Komen: 2

Kedekatan geografi, persamaan bahasa dan budaya, pembiayaan pengajian yang berpatutan dan ranking universiti menjadikan Malaysia pilihan utama pelajar Indonesia.


Jumlah mahasiswa Malaysia melanjutkan pelajaran di Indonesia hanya sepertiga sahaja jika dibandingkan dengan jumlah mahasiswa Indonesia di Malaysia.

Dari tahun 2015-2021, 9,680 mahasiswa Indonesia menuntut di Malaysia. Sementara mahasiswa Malaysia yang belajar di Indonesia kira-kira 3, 575 orang



Kerjasama Indonesia dan Malaysia di bidang pendidikan memiliki cakupan yang sangat luas, mulai dari peringkat individu, institusi, dan kerajaan.


Kerjasama yang terjalin di antara krdua-duanya dapat dikelompokkan sebagai Kerjasama Antara Individu dan Antara Institusi Pendidikan Tinggi, Pengiriman Mahasiswa Apparenticeship ke Malaysia, Pertukaran Mahasiswa Vokasional, Pelatihan Guru dan juga Pengiriman Mahasiswa Belajar di Malaysia.

Demikian maklum Konsul Jeneral Republik Indonesia di Pulau Pinang, Bambang Suharto di majlis perasmian ‘International Summit on Knowledge Advancements (ISKA) 2022’ anjuran Universiti Muhammadiyah Malaysia (UMAM) yang disempurnakan perasmiannya oleh Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail di Kangar baru-baru ini.

Beliau menambah bahawa ISKA 2022, sangat bermanfaat kerana merupakan platform bagi para ahli akademik, peneliti, pelaku industri untuk berkongsi ilmu dan gagasan, memperluas jaringan, dan menyampaikan penemuan hasil penelitiannya dan menjejaki berbagai potensi lain yang bermanfaat bagi masa depan yang lebih baik.

Bambang Suharto turut mengucapkan selamat dan sukses kepada UMAM yang akan beroperasi di Perlis tidak lama lagi dan berharap semoga seminar ini membawa manfaat yang besar bagi peningkatan dan kemajuan kerjasama antara Indonesia dan Malaysia yang telah terjalin dengan sangat erat di berbagai bidang selama ini.

Beliau juga memberikan contoh bagi negeri Perlis, Politeknik Negeri Bali dan Politeknik Negeri Banyuwangi memiliki kerjasama rutin berupa pertukaran mahasiswa dengan Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) Perlis.

Pada bulan Ogos 2019, 5 mahasiswa Poltek Bali dan 2 mahasiswa Poltek Banyuwangi menjalani pertukaran mahasiswa. 


Sumber: Suara Merdeka


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote caprut 28-8-2022 01:18 PM
Manakala indon pula pilihan bakal doktor smbug belajar pastu merengek x dpt tetap
Quote Artemesiaa 28-8-2022 01:22 PM
Faktor kos pastinya jadi pilihan

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 01:58 PM GMT+8 , Processed in 0.141263 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top