Sesiapa pun dilantik sebagai Perdana Menteri mesti melantik Peguam Negara (AG) dalam kalangan orang beliau. Penasihat Undang-Undang kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata demikian dalam sesi taklimat khas Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semalam.
Katanya, jawatan itu penting bagi Perdana Menteri kerana ia adalah jawatan yang dilantik orang nombor satu negara di mana mendapat perkenan Yang di-Petuan Agong. “Sesiapa pun jadi Perdana Menteri, Peguam negara mesti ‘orang dia’ sebab dilantik.
“Peguam Negara mesti ikut suara kepimpinan negara,” katanya. Azalina juga mendakwa perbicaraan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Mahkamah Persekutuan minggu lalu adalah sesuatu yang pelik. “Peguam Najib nak tangguh tiga bulan pun tak boleh, Tan Sri Shafee Abdullah mohon tangguh sehari sebab pakai baju tak sesuai pun tak dibenarkan,” katanya lagi. Taklimat Presiden UMNO yang diadakan hari ini akan diteruskan dengan ucapan daripada isteri Najib dan dua anaknya iaitu Nooryana dan Datuk Nizar. Kemuncak sesi taklimat hari ini adalah ucapan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dihadap lebih 3,000 ahli parti yang hadir. Sumber: MalaysiaGazette
|
totokreturn. replied at 28-8-2022 09:43 PM
betul juga dia cakap, waktu tun M jadi PM apsal lantik peguam negara yg baru, apsal tak kekalkan yg ...
Adrif replied at 28-8-2022 08:53 PM
ape acik ni mengarut ni. macam mana boleh join politik kalau bab asas negara pun ke laut ni.
rashiman replied at 28-8-2022 10:44 PM
Masa PH mentadbir negara, cepat dia lantik Peguam Negara orang dia, jadi dapatlah tarik pendakwaan ...
ADVERTISEMENT