CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Saya Cakap Dekat Syafiq, 'Kau Henjut Je Aku' - Johan

28-8-2022 12:03 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1985| Komen: 3

Pelakon dan pelawak Johan Raja Lawak akui kekangan waktu disebabkan komitmen kerja selaku penyampai radio sedikit sebanyak memberikan cabaran sepanjang menjayakan filem Abang Long Fadil 3.


Menurut Johan atau nama sebenarnya, Mohd. Yazid Lim Mohamad Aziz, ketika penggambaran, dia harus memberikan kualiti lakonan yang terbaik agar dia dapat dilepaskan lebih awal dan memudahkan urusan semua pihak.



“Cabaran ketika melakonkan filem ini adalah apabila saya mempunyai waktu yang sangat terhad disebabkan komitmen kerja bersama stesen radio. Jadi, saya perlu dilepaskan lebih awal.

“Setiap babak, saya kena bagi yang sehabis baik disebabkan saya kena pulang awal. Saya ada cakap dengan Syafiq, sepanjang aku ada dekat sini, kau henjut je aku. Alhamdulillah dia pun lepas cara baik.


“Bila dengan Zizan, selalunya babak itu akan jadi susah sebab kami perlu bertentangan mata. Kita memang tak putus gelak je di set lebih-lebih lagi bila babak berlawan.



“Namun, sepanjang shooting ini, kami sangat enjoy. Satu babak tu boleh jadi sampai tiga hari. Kadang-kadang saya pula yang kena ingatkan Zizan, ‘Zan dah pukul 5 pagi ni, nak gelak lagi ke?’. Pengarah pun terhibur sama dengan kami,” katanya kepada MH.

Dalam pada itu, suami kepada pelakon Ozlynn Wati ini juga mendedahkan dirinya sudah bersedia andai khidmatnya masih lagi diperlukan bagi francais filem Abang Long Fadil yang akan datang.



“Sebenarnya saya tak kisah pun. Segalanya bergantung kepada permintaan. Selagi saya berdaya, saya akan buat. Lagi pun, bila buat filem seperti ini, saya kena pergi training seperti kelas gimnas dan akrobatik.

“Babak aksi itu kebanyakkannya saya buat sendiri. Itu adalah usaha saya. Bila sekali kita dah setuju dengan harga, saya pasti akan bagi komitmen 120 peratus kepada pengarah.

“Kalau saya ditawarkan lagi, saya akan lihat dulu kemampuan saya untuk pergi latihan. Disebabkan latihan itulah yang membuatkan filem ini cantik,” ujarnya lagi.

Ketika ditanya ada dia meletakkan harapan agar pihak pengarah mengadakan filem ‘stand alone’ bagi watak Chow Han, Johan memberitahu, segalanya bergantung kepada rezeki.



“Saya tak mahulah terlalu berharap. Apa yang saya buat, saya tak boleh nak harapkan pembalasan tetapi saya percaya setiap perbuatan itu ada balasan.

“Kalau diberikan tawaran satu hari nanti, kita boleh pertimbangkan. Ada rezeki, kita buat,” akhirinya.

Dalam filem ini, Johan turut bergandingan bersama isterinya, Ozlynn sebagai watak antagonis.

Terdahulu, filem komedi aksi ini bakal ditayangkan di pawagam bermula 8 September ini.


Sumber: Media Hiburan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ezacbee 28-8-2022 12:20 PM
Oklah silalah ke pawagam yg berdekatan. AKu nak tunggu raya baru tengok.

Quote imransulaiman 28-8-2022 06:55 PM
Nak berebut first day tu mungkin tak...tapi aku akan tengok kalau ramai yang puas hati
Quote Adrif 28-8-2022 08:36 PM
ezacbee replied at 28-8-2022 12:20 PM
Oklah silalah ke pawagam yg berdekatan. AKu nak tunggu raya baru tengok.

yay team tv raya. nak ikot

  

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 08:36 PM GMT+8 , Processed in 0.088431 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top