CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Misteri Alat Permainan Cucu Ustaz Kazim Bergerak Sendiri Jam 3 Pagi

28-8-2022 11:40 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4643| Komen: 58

Ipoh: "Biarpun ia membabitkan masalah kulit namun saya tidak menolak kemungkinan penyakit ini angkara perbuatan sihir," ujar pendakwah dan penceramah bebas, Datuk Mohd Kazim Elias atau Ustaz Kazim.


Beliau mengulas gambar tular menunjukkan wajahnya ditutup dengan topi dan hanya menampakkan bahagian mata saja ketika diundang menjadi penceramah pada satu majlis ilmu, baru-baru ini.

Penampilan terkini Ustaz Kazim itu mengundang tanda tanya dalam kalangan netizen berhubung status kesihatan dan keadaan terkininya yang sebelum ini mendedahkan dirinya menderita akibat penyakit misteri.


"Memang ada kejadian misteri berlaku di rumah salah satunya mainan cucu saya berjalan sendiri jam 3 pagi sama seperti dalam filem seram.


"Kalau orang kata saya percaya bomoh, benda itu berlaku depan mata saya jadi buat apa saya menipu. Jika saya ada terlanjur kata, saya mohon maaf, kalau ada yang nak uji ilmu, saya mohon maaf kerana saya saya hanya insan biasa.

"Apa yang pasti, saya akan terus berdakwah dan andai satu hari nanti tidak boleh di khalayak ramai, mungkin di Facebook (Fb) saja seperti sekarang," katanya.

Beliau berkata, dia malu untuk bersemuka dengan orang ramai susulan penyakit dihidapinya itu.

"Saya malu nak jumpa orang. Saya takut orang geli dan jijik. Apabila pakai macam itu, tak adalah malu sangat," katanya.

Berkongsi kisah sebenar, Ustaz Kazim berkata, dia terpaksa tampil dengan imej sebegitu ketika berada di khalayak umum kerana penyakit kulit yang dulunya menyerang kaki dan badan akhirnya merebak ke bahagian muka.

Menurut Ustaz Kazim, wajahnya bukan hanya berubah menjadi gelap tetapi ada luka dan kadang kala berdarah dengan tiba-tiba.

Manakala, luka bahagian kaki dan badannya sudah beransur pulih sejak tiga bulan lalu.

"Saya menyedari perubahan itu dalam tiga ke empat minggu yang lalu apabila muka jadi semakin gelap seolah-olah terbakar.

"Melihat keadaan yang tidak terkawal itu membuatkan saya nekad bertemu pakar kulit untuk mendapatkan kepastian.

"Hasil pertemuan itu, doktor mendapati saya ada penyakit kulit yang kronik jadi menasihatkan untuk memakai krim pelindung tabir suria dan mengelak daripada terdedah dengan matahari," katanya.

Menurut Ustaz Kazim, buat masa ini, dia masih mengambil dan memenuhi undangan sebagai penceramah.

Bagaimanapun, Ustaz Kazim mengakui tidak dapat meluangkan masa yang lama dalam satu-satu majlis atau program kerana jadi hilang keyakinan ketika berhadapan dengan orang ramai.

"Setakat ini, saya belum tolak lagi undangan cuma sebelum keluar rumah perlu pakai pelembab, pelindung matahari dan bedak asas selain biarkan bulu tumbuh supaya cela yang ada tidak nampak ketara.

"Kiranya, saya masih ceramah macam biasa cuma tidak tahu siapa sampai bila perlu 'make up' jadi agak tertekan di situ dan terganggu ketika berceramah hingga jadi tiada keyakinan sedangkan dulu seronok sangat.

"Disebabkan itu juga, saya datang on time (tepat pada masanya), tidak lagi duduk di bilik menunggu dan segera lari pulang selepas habis ceramah.

"Jadi, saya mohon minta maaf jika terpaksa tolak pelawaan untuk makan dan minum atau bergambar kerana malu sangat dengan keadaan muka dan tidak sedia duduk dekat dengan orang buat masa ini," katanya.

Ustaz Kazim berkata, buat masa ini, dia bergantung dengan ubat dan krim dibekalkan oleh hospital sebagai ikhtiar untuk merawat wajahya selain terus menjalani rawatan Islam.

Katanya, ribuan ringgit juga sudah dibelanjakannya sejak menjalani rawatan bagi mengubati penyakit misterinya dan sudah merujuk masalahnya dengan ramai doktor hospital kerajaan juga swasta.

"Bukan tidak usaha malah berapa pun dicaj, saya sanggup bayar janji muka elok dan terbaru, saya belanjakan RM5,000 untuk rawatan pigmentasi.

"Kos rawatan itu agak mahal kerana gunakan krim yang terbaik dan dalam dua tiga hari lagi, saya akan ke sebuah negara di Timur Tengah pula bagi menjalani rawatan dengan pakar ke-15.

"Kekuatan saya adalah kerana ada tanggungjawab menguruskan sekolah pondok (pusat pendidikan) kerana kalau terbaring, macam mana nak tanggung mak cik dan pak cik di situ yang sakit," katanya.

"Terima kasih juga saya ucapkan kepada semua rakyat Malaysia yang mendoakan, doktor dan kakitangan hospital, pengamal media, serta mereka yang sanggup hantar bekalan ubat di rumah," katanya.

Pertengahan Mei lalu, Ustaz Kazim mengejutkan pengikutnya apabila memuat naik gambar wajah dan tangannya yang mengalami masalah kulit di media sosial dengan mendakwa ia akibat perbuatan sihir.

Beliau bagaimanapun menyangkal dakwaan melakukan gimik atau strategi pemasaran untuk filem lakonannya, Zim Zim Ala Kazim. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dua_chzy 28-8-2022 11:41 AM
Sundel.

Kat sepital ka sekolah ka pejabat ka pun hada mesin/peralatan elektrik elektronik boleh bergerak sendiri. Contohnya mesin fotostat tu. Tu pun akibat sihir ka?
Quote Nnoor2 28-8-2022 11:45 AM
Ustaz...cuba mkn produk Shaklee....ada kawan yg anak ada masalah kulit...3 bulan guna produk shaklee mmg sembuh
Quote melinda_kerr 28-8-2022 11:48 AM
Aku pun pernah alami penyakit misteri tpi Tkdelah obses mcm dia ni.. anggap jerlah apa tuhan bg kt kita tu ujian. Ni tk hbis2 duk ratib sihir2 kehulu kehilir.
Quote ezacbee 28-8-2022 12:26 PM
Memang ada kejadian misteri berlaku di rumah salah satunya mainan cucu saya berjalan sendiri jam 3 pagi sama seperti dalam filem seram.


Ini dah cam filem rahsia. Basikal gerak sendiri, control car bergerak xde bateri, patung main piano...

Quote fealefea 28-8-2022 12:55 PM
Lupe la tu kifarah die buat kes tahfiz die. Cuba kau ingat ape yg ko doa masa kejadian tu.
Quote biskutsusu 28-8-2022 01:05 PM
fealefea replied at 28-8-2022 12:55 PM
Lupe la tu kifarah die buat kes tahfiz die. Cuba kau ingat ape yg ko doa masa kejadian tu.

Apa doa dia? Nk tau juga
Quote ninja boy 28-8-2022 01:35 PM
Zaman skrg ni mau ceramah org lain sakit hati,  diam duduk rumah x berduit pula,  jadi kena cari pekerjaan kurang bermasyarakat
Quote Belibis 28-8-2022 01:45 PM
Pehhh...ko layan cite syukri hasyim dengan norkumalasari??
Quote mojarean_X 28-8-2022 01:53 PM
Iols pula selalu terjaga sekitar 3.33 minit pagi. Adakah ia gangguan juga?
Quote allshares 28-8-2022 02:01 PM
Ya ampunnn atok. 2-3 hari sekali mesti keluar cerita psl diri sendiri. Narsis bethol.
Quote capwayang 28-8-2022 02:03 PM
mojarean_X replied at 28-8-2022 01:53 PM
Iols pula selalu terjaga sekitar 3.33 minit pagi. Adakah ia gangguan juga?

03:33 am nothing will happen to you. 03:15 am < yang ini kena hati-hati especially bila you tercium macam bau terbakar - Exorcism of Emily Rose. hehe!
Quote mojarean_X 28-8-2022 02:09 PM
capwayang replied at 28-8-2022 02:03 PM
03:33 am nothing will happen to you. 03:15 am < yang ini kena hati-hati especially bila you terciu ...

Fuhhh...lega sikit hati iols
Quote jas7512 28-8-2022 02:16 PM
Celaka..btl..asyik cite psl si kazim ni
Quote kakikuDibibirmu 28-8-2022 02:21 PM
Adan UKE
Quote kemaruk 28-8-2022 03:12 PM
Nonek bangkem pon selalu terpacak pagi2
Quote edayildiz 28-8-2022 03:24 PM
betul ke..alah ciannyaaa..ntah2 mmg penyakit kulit.seram pulak bc perkataan geli dan jijik..
Quote Nnoor2 28-8-2022 03:28 PM
mojarean_X replied at 28-8-2022 01:53 PM
Iols pula selalu terjaga sekitar 3.33 minit pagi. Adakah ia gangguan juga?

Kita sama cik marjerin...kak pun terbangun pukul 3.00 kadang2 3.15...kadang2 3.30..tapi tiap mlm mesti dlm waktu2 tu...kalau dah terbangun tu..buat lah solat tahajud...
Quote cikatilia 29-8-2022 10:01 AM
tak sudah2 citer pasal diri sendiri sihir la sakit tenat la...
Quote sarahmirza 29-8-2022 10:09 AM
Mungkin ada aniaya orang lain...
Sejak sakit dia pernah tak buat kenyataan minta maaf secara terbuka kat sesiapa?

Lihat semua komen(58)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-3-2025 02:27 AM GMT+8 , Processed in 0.097982 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top