Perkongsian seorang wanita yang mengamalkan perbuatan mencurah air ke dalam pinggan selepas makan termasuk di restoran mengundang kritikan ramai.
Lebih-lebih lagi apabila dia mengaitkan amalan turun temurun itu dengan kepercayaan kononnya ia akan mendatangkan rezeki. “Mak pesan lepas makan letak air dalam pinggan InshaAllah rezeki tak putus”, tulisnya pada kapsyen video tersebut. Bukan itu sahaja, wanita berkenaan turut menunjukkan demonstrasi cara dia membasahkan pinggan dengan menuang air.
“Siapa macam ni, lepas makan letak air dalam pinggan?” kata individu terbabit lagi. Untuk rekod, video tersebut menjadi tular sehingga meraih lebih 160,000 jumlah tontonan. Bagaimanapun rata-rata netizen tidak bersetuju dengan amalan berkenaan apabila ia menyentuh isu kepercayaan yang membawa kepada kurafat. Kata mereka soal rezeki adalah hak Allah dan ia tiada kaitan dengan apa-apa amalan melainkan terdapat nas atau hadis sahih mengenainya. "Ini adalah ilmu khurafat! Isu 'rezeki tak putus' adalah karut. "Bab rezeki tak putus ni kelakar... rezeki datang daripada Allah," tulis beberapa netizen menegur tentang kepercayaan wanita berkenaan.
|
SalenaGomez replied at 28-8-2022 11:22 AM
Orang zaman dulu punya tips ni sbb senang nak basuh pinggan…kalau tidak pinggan berkerak
Idoklaah ...
ekselen replied at 28-8-2022 12:40 PM
Aah berul tu..xnak bg pinggan kering sgt...susah nk basuh nanti...tp xpernah dgr pun ttg amalan/ke ...
SalenaGomez replied at 28-8-2022 12:44 PM
Bukan lah kepercayaan..tp lebih pada mcm tips…contoh “kalau buat mcm ni nanti akan mcm ni” so x ...
ADVERTISEMENT