Kecoh pula jadinya apabila penyanyi Dr Fitri Haris didakwa terkena ‘scam’ selepas ditawarkan untuk tersenarai sebagai individu paling berjaya di Malaysia bagi dimuatkan dalam buku Ensiklopedia BritishPedia Edisi ke-4 2022.
Ia rentetan ada pihak mendakwa nyaris diperdaya selepas mendapat tawaran serupa selain meminta individu yang dihubungi agar melihat pencapaian diri untuk layak disenaraikan dalam sesebuah pengiktirafan tertinggi. Menjawab tuduhan tersebut, Fitri memberitahu dia sudah menyemak kesahihan badan berkenaan sekali gus menafikan dakwaan wujud unsur penipuan atau dia perlu mengeluarkan wang untuk mendapat pengiktirafan tersebut.
“Semestinya saya sudah semak dahulu dengan pakar. Pengiktirafan tersebut daripada badan profesional yang berpengkalan di United Kingdom. “Tidak wujud unsur penipuan seperti yang didakwa,” katanya ketika dihubungi mStar pada Sabtu. Dalam pada itu, Fitri menjelaskan kekeliruan mungkin berlaku disebabkan terdapat pihak yang kurang faham tentang pengiktirafan daripada pihak berkenaan.
|
mamastoney replied at 28-8-2022 12:00 PM
Aku tau la dia dulu bekas penyanyi nasyid UNIC kot, kawen muda, pastu cerai, pastu kawen lg, then ce ...
tahanie replied at 28-8-2022 02:03 PM
Bini dia nampak sangat berlakon tak seiring laki
zaza201516 replied at 28-8-2022 02:36 PM
Britishpedia ni macam ko bayar, ko dpt la listed dlm tu. Berpuluh ribu nama orang dlm 1 buku tu. Sam ...
shernazz replied at 28-8-2022 05:47 PM
Izu keluarga bahagiaaaaaaaaaaa
Masuk dalam list tak..
Iols panggil gitu sebab teringat dia nyanyi la ...
ADVERTISEMENT