CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tiga Lelaki Culik Dan Bunuh Budak Dibakar Hidup-Hidup Oleh Penduduk Kampung

28-8-2022 10:34 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1377| Komen: 10

BANDAR GUATEMALA – Tiga lelaki yang menculik dan membunuh seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun telah diheret keluar dari balai polis Guatemala oleh penduduk kampung sebelum dibakar hidup-hidup, lapor portal berita MailOnline.


Ovidio Mendez, 24, Selvin Perez, 24, dan Samuel Godinez, 38, terbunuh pada Isnin lalu di bandar Colonango.

Suspek telah menculik Freddy Mendez pada 12 Ogos lalu dan meminta wang tebusan berjumlah AS$19,500 (RM87,116) sebagai pertukaran untuk pembebasannya, demikian menurut Polis Guatemala.

Foto: Mail Online

Polis percaya penculik menyasarkan budak itu kerana bapanya yang kini menetap di Amerika Syarikat sering menghantar wang ke kampung untuk simpanan bagi membina rumah baharu.


Sebagai bukti bahawa Freddy masih hidup, penculik menghantar gambar kepada keluarganya yang memaparkan salah seorang suspek memegang senapang patah dengan kanak-kanak itu berada di sisinya.

Keluarga itu meneruskan pembayaran wang tebusan tetapi mangsa tidak pernah dikembalikan.

Penduduk yang marah bertindak menangkap ketiga-tiga suspek pada Isnin lalu dan menyerahkan mereka kepada pihak berkuasa tempatan.

Kumpulan penduduk itu menyerbu balai, mengalahkan polis dan membawa salah seorang suspek secara paksa ke kawasan hutan.

Mereka memukul, menyiram petrol ke atas badan dan membakar suspek tersebut selepas dia mengesahkan bahawa mangsa mati akibat terkena tembakan di kepala dan ditanam di dalam lubang.

Dalam menuntut keadilan dengan cara mereka sendiri, penduduk kampung kembali ke balai dan mengheret keluar dua suspek lain dan mengulangi hukuman itu sekali lagi.

Mereka turut membakar rumah salah seorang suspek. Mayat mangsa ditemui pada Rabu lalu, demikian menurut media tempatan. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote vee_zara 28-8-2022 06:44 PM
Amek kaw tu je balasan selayaknya untuk manusia yg perangai lebih teruk dari setan dok bunuh kanak2 tak bersalah.
Quote Nnoor2 28-8-2022 06:46 PM
Puas hati baca....
Quote ninja boy 28-8-2022 06:55 PM
Baguslah, patut di praktik di negara India dan penagih dadah Malaysia
Quote Goodluckdontcry 28-8-2022 07:23 PM
Padan MUKA.. hukuman yg sepatutnya..klu tunggu hukuman konon2 Dr pihak berkuasa..harus berthn nk sabit kesalahan..pastu duk dlm penjara, kut2 blh JD Ketua mafia kut..so baiklah ko mampus pembunuh..SBB itulah hukuman selayaknya ATS kesalahan ko buat..nyawa dgn nyawa bodohhh....uhhh lega dpt maki ko cilaka...
Quote Skuau 28-8-2022 08:11 PM
Edited by Skuau at 28-8-2022 08:31 PM

sementara itu... di tanah air pula...perogol  budak autisme...aman2 saja hidup mereka dan keluarga mereka di malezia...
Quote sekngucing 28-8-2022 08:14 PM
dlm 20 tahun lagi ketiga tiga ini akan kembali sbg freddie kruger..memburu keturunan org kampung itu
Quote Adrif 28-8-2022 08:45 PM
kesian budak tu  
Quote whimsicalmusic 28-8-2022 09:24 PM
Kalo btol, selayaknya la..cuma takut jd mcm kes ricardo n uncle die tu mmg kesian..tp diulangi, kalo btol ko bunuh budak tu mmg selayak layaknya
Quote syamzana 28-8-2022 09:43 PM
dah dpt duit ko bunuh bdk tu pasaipe. mendapat larr nyawa dibalas nyawa kekdahnya wpun kejam tp puas hati baca.

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-3-2025 02:45 AM GMT+8 , Processed in 0.053426 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top