CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Naya, Tiga Bulan Tak Boleh Kencing Lepas Anu Berdarah Jatuh Atas Pagar

28-8-2022 10:29 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 961| Komen: 2

WELLINGTON – Seorang lelaki New Zealand tidak dapat membuang air kecil selama tiga bulan akibat terjatuh dari ketinggian hampir 3 meter ke atas tiang pagar, lapor portal berita MailOnline.


Lelaki berusia 49 tahun itu mula mengeluarkan darah pada hujung zakarnya selepas terjatuh dengan tiang itu terkena kemaluannya.

Penduduk Auckland itu menderita dan sukar membuang air kecil. Dia pergi ke Hospital Auckland City di mana doktor mendapati uretra iaitu saluran kencingnya rosak.


Gambar Hiasan

Imbasan menunjukkan terdapat lubang pada saluran itu dan menyebabkan darah dari saluran berdekatan masuk ke dalam uretranya.


Sebelum uretranya sembuh, mereka memasang tiub padanya selama tiga bulan untuk membolehkan dia membuang air kecil ke dalam beg di luar badan.

Setelah pesakit itu pulih sepenuhnya, doktor mengeluarkan tiub tersebut untuk membiarkan dia kencing secara normal.

Kecederan pesakit itu diterbitkan dalam jurnal perubatan Urology Case Reports. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote slyfynx 27-8-2022 08:16 PM
Ayat tajuk mcm musibat.
Abis kalau orang buat colostomy tu tajuk kene cakap orang tu x buang air besar ke?
Quote Highflyer19 28-8-2022 09:04 AM
Imbasan menunjukkan terdapat lubang pada saluran itu dan menyebabkan darah dari saluran berdekatan masuk ke dalam uretranya.…baca pun takut

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-3-2025 02:40 AM GMT+8 , Processed in 0.038811 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top