Vokalis kumpulan Floor 88, Ayie Elham mengambil pendekatan untuk membataskan perkongsian wajah anak sulungnya Nayla Amanda di media sosial bagi membendung anasir negatif.
Ayie atau nama sebenarnya, Nik Fadlee Elhamshah, 24, menjelaskan tindakannya itu adalah berdasarkan pengalaman lalu yang banyak mengajar dirinya supaya lebih berhati-hati. "Saya sendiri pernah berdepan dengan ilmu hitam dan sihir, malah ahli keluarga juga pernah terkena. Jadi saya mengambil pendekatan untuk lebih berhati-hati memandangkan anak masih kecil. "Apabila tiba masanya nanti, saya akan kongsikan kepada umum. Cuma tidaklah terlalu lama, tunggu sehingga selamat untuk dikongsikan di media sosial.
|
MatDeghem replied at 28-8-2022 11:03 AM
Retis melayu dengan ilmu hitam berpisah tiada. Dengan ilmu pelajaran terpisah jauhhh
whimsicalmusic replied at 28-8-2022 02:22 AM
Video beranak pn nk share tah pape
ADVERTISEMENT