Oleh Adib Za
Pasangan in, Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya sememangnya aktif memuat naik aktiviti mereka di laman sosial Instagram.
Oleh yang demikian, tidak hairan selain menerima banyak sokongan dan komen membina daripada peminat mereka, kedua selebriti ini tidak terlepas daripada menerima kritikan demi kritikan daripada mereka yang dikenali sebagai 'haters'. Ini termasuklah isu pakaian Scha yang dikatakan kurang sesuai baru-baru ini dan video anak mereka yang dijadikan bahan kutukan di kalangan netizen. Melihatkan situasi ini, Awal meluahkan reaksinya kepada mereka yang dipanggil 'haters' ini. "Haters sentiasa mencari jalan untuk membenci, sebab itu mereka dipanggil dengan nama demikian. Kenapa kami perlu fokus kepada segelintir yang berfikiran negatif sedangkan masih ada ratusan ribu lagi yang cukup positif dalam menerima apa yang saya dan isteri paparkan di laman sosial?
"Justeru saya tidak terlalu memikirkan apa yang berlaku di laman sosial dengan terperinci kerana ia sekadar tempat untuk saya kongsikan gambar dan aktiviti harian kami. Kalau tak suka atau meluat, itu bukan masalah kami. "Tiada apa yang perlu diperkatakan terhadap golongan negatif seperti ini. Bagi saya, mereka tidak wujud dalam kamus hidup ini, jadi ia sekadar membuang masa. Setiap institusi kekeluargaan ada cara yang tersendiri untuk dikendalikan. Keluarga saya tak mungkin sama dengan keluarga orang lain dan begitulah sebaliknya. "Kepada mereka yang berasakan apa yang mereka lakukan itu sempurna, tidak mengapa. Teruskanlah berfikiran begitu asalkan jangan menghukum orang lain yang anda tak tahu sama ada apa yang mereka lakukan itu mungkin lebih betul, lebih baik atau mungkin lebih sempurna daripada apa yang anda mampu lakukan," begitulah luahan rasa Awal. Kepada para netizen, kurangkanlah memberi pandangan negatif anda. Lebih baik melakukan sesuatu yang berfaedah daripada terus mengkritik itu dan ini. - CARI Infonet (Sumber artikel: Beautifulnara) |
14
Bagus |
21
Marah |
6
Terkejut |
21
Sedih |
13
Lawak |
9
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
cmf_jeangrey replied at 18-8-2015 04:37 AM
mak scha yg kerepot tu pun gigih berskirt paras lutut uolss....dah style keluarga diorg camtu...mmg ...
budakmanentah replied at 18-8-2015 09:08 AM
haah...aku pon terkejut tgk mak scha pakai skirt tu...daring sungguh
ADVERTISEMENT