CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Video Pendek Tun M, Azmin & Muhyiddin Diboo Perwakilan PKR

27-8-2022 07:21 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2161| Komen: 11

Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Tan Sri Muhyiddin Yassin “diboo” perwakilan Konvensyen Pilihan Raya Keadilan 2022 sebaik gambar mereka ditayangkan dalam video pendek.


Video lima minit itu memaparkan era pentadbiran PH sebagai kerajaan Persekutuan selepas mengalahkan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) Mei 2018.



Perwakilan PKR dari seluruh negara itu masih tidak boleh menerima kejatuhan kerajaan PH akibat Langkah Sheraton yang diketuai Azmin dan Muhyiddin pada Mac 2020.

Mereka pantang melihat gambar pemimpin berkenaan yang dianggap sebagai pengkhianat kepada parti dan mandat rakyat.


Ketika ini perwakilan menunggu amanat Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dijangka disampaikan pada pukul 4.30 petang. 




Sumber: MalaysiaGazette

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kemaruk 27-8-2022 07:36 PM
rafizi sedang menjalankan tugas

[youtube]zT17PHhsAEE[/youtube]
Quote Orix 27-8-2022 07:59 PM
Mimpi aje lah PKR nak menang. Silap2 atok yg kau boo tu naik jd PM ke 10 semula while bangnon masih pm tepi hingga hujung nyawa.

Haritu ada tertengok ucapan wan jijah ms persidangan PKR ka hapa tah. Dia berucap berkata2, ‘semua yg ada dalam dewan ini, semua yg jd ahli PKR saya anggap sebagai anak saya kalau boleh sy nak peluk sorang2’…. Euwwwwwwwwwwww ko buat parti PKR tu parti utk rakyat or parti untuk org jadi anak ko puih
Quote Solokkk 28-8-2022 08:18 PM
Selayaknya la di boooooo…
Quote Minami2013 28-8-2022 09:06 PM
Setuju.. selayaknya di booooo..
Quote sharlenetexas 28-8-2022 09:15 PM
Orix replied at 27-8-2022 07:59 PM
Mimpi aje lah PKR nak menang. Silap2 atok yg kau boo tu naik jd PM ke 10 semula while bangnon masih  ...

Anak ayam anak ikan anak kucing?


Quote Orix 29-8-2022 01:21 AM
Yg pelik bilanya pulak atok tu khianat ? Sah2 dia marahkan wak yidin sbb khianat.
Quote s@s@ 29-8-2022 08:39 AM
Orix replied at 29-8-2022 01:21 AM
Yg pelik bilanya pulak atok tu khianat ? Sah2 dia marahkan wak yidin sbb khianat.

dia khianat sbb letak jawatan
Quote becir 29-8-2022 08:50 AM
Pkr menang last time sebab mahathir..kalau letak Anwar jadi calo pm ntah2 result cam before gak..xyah nak boo boo
Quote Orix 29-8-2022 10:30 AM
s@s@ replied at 29-8-2022 08:39 AM
dia khianat sbb letak jawatan

lol. mmg dari segi undang2 pun atok masa tu dah tak ada sokongan majoriti as PM... dia letak ke tak letak ke dia tetap tak boleh jd PM... kalau dia tak letak org kata dia gila kuasa, tak ada sokongan majoriti, pembangkang tapi masih PM... bila atok letak jawatan kata dia khianat... aigoooo
Quote s@s@ 29-8-2022 11:09 AM
Orix replied at 29-8-2022 10:30 AM
lol. mmg dari segi undang2 pun atok masa tu dah tak ada sokongan majoriti as PM... dia letak ke ta ...

dari situ mula langkah sheraton
Quote Orix 29-8-2022 12:02 PM
s@s@ replied at 29-8-2022 11:09 AM
dari situ mula langkah sheraton

langkah shaiton dah berlaku baru atok resign

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2025 11:50 AM GMT+8 , Processed in 0.050653 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top