Pelawak Shuib bakal kembali menjadi penyampai di sebuah stesen radio popular. Menurut sumber Harian Metro, Shuib, 38, atau nama sebenarnya Shahmira Muhammad bakal memulakan tugas dalam waktu terdekat selepas stesen radio itu berjaya memberikan tawaran menarik kepadanya.
Difahamkan, stesen radio itu mula mencari penyampai baharu selepas terdapat kekosongan ekoran penyampai sebelum ini yang berhenti. Pihak stesen radio itu juga perlu mencari pengganti yang berkelayakan berdasarkan populariti dan pengalaman dimiliki.
Apatah lagi sebelum ini Shuib juga pernah menjadi penyampai radio di Hot FM selama dua tahun sebelum mengumumkan mengundur diri pada Januari tahun lalu. Sumber: Harian Metro
|
tikusmontok replied at 27-8-2022 02:31 PM
Pusing2 muka yg itu2 jugak, bosan giler.
mily: Jgnlah suria.... Ala. &nb ...
ADVERTISEMENT