CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tujuh Maut Serangan Udara Kena Tadika

27-8-2022 07:03 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 634| Komen: 0

Serangan udara di sebuah tadika di Tigray, Ethiopia oleh tentera udara negara mengorbankan tujuh orang.

Difahamkan, tiga kanak-kanak antara mangsa yang maut dalam insiden yang turut mengenai taman permainan kanak-kanak, lapor saluran berita tempatan, Tigray Television.




Bagaimanapun, jurucakap kerajaan menafikan orang awam terbunuh dalam kejadian itu.

Serangan berlaku kira-kira pukul 1.00 tengah hari (waktu tempatan) yang mengakibatkan beberapa kematian dan kecederaan.

Serangan menyebabkan bangunan rosak serta beberapa penduduk terpaksa mendapatkan rawatan di hospital.


Agensi Komunikasi Kerajaan Ethiopia berkata, kerajaan akan mengambil tindakan terhadap kumpulan yang mencetuskan sentimen antikeamanan.

Justeru, orang ramai disaran supaya menjauhkan diri daripada peralatan dan pusat-pusat latihan yang digunakan oleh tentera.

Konflik di Tigray mengorbankan ribuan nyawa di negara itu yang tercetus sejak November 2020.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2025 08:50 AM GMT+8 , Processed in 0.034745 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top